s 13 Maintenance, repair and upgrading of installation
Whenever it is necessary so to do for the purpose of maintaining, repairing or upgrading any licensed installation or any part thereof, the licensee, or any person authorized by him in that behalf, may
at all reasonable times enter upon any land on, under or over which supply lines have been laid, placed or carried, or upon which posts or other equipment have been erected, and may carry out all necessary repairs, and may, in the course thereof, fell or lop trees, remove vegetation and do all other things necessary to the said purpose, causing as little damage as possible and paying full compensation in accordance with section 16 to all persons interested for any damage that may be caused thereby for which compensation has not already been assessed under section 11.
Malay text (authoritative)
Penyenggaraan, pembaikan dan peningkatan pepasangan
Bilamana perlu berbuat demikian bagi maksud menyenggarakan, membaiki atau meningkatkan mana-mana pepasangan berlesen atau mana-mana bahagian daripadanya, pemegang lesen, atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya bagi maksud itu, boleh pada bila-bila masa yang munasabah memasuki mana-mana tanah yang di atas, di bawah atau melewatinya talian bekalan telah diletakkan, ditempatkan atau dibawa, atau yang di atasnya tiang atau kelengkapan lain telah didirikan, dan boleh menjalankan segala pembaikan yang perlu, dan boleh, dalam menjalankannya, menebang atau mencantas pokok, membuang tumbuhan dan melakukan segala perkara lain yang perlu bagi maksud tersebut, dengan menyebabkan seberapa sedikit kerosakan yang mungkin dan membayar pampasan penuh mengikut seksyen 16 kepada semua orang yang berkepentingan kerana apa-apa kerosakan yang mungkin disebabkan olehnya yang pampasan baginya belum lagi ditaksirkan di bawah seksyen 11.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).