My bookmarksSign up free
← Electricity Supply Act 1990

Electricity Supply Act 1990 s 14

Electricity Supply Act 1990 s 14

s 14 Removal or alteration of supply line, etc.

(1) Where a supply line has been laid, or posts or equipment erected, on any land under section 11, and if any of the persons mentioned in subsection 11(3) desires to use the land in such a manner as to render it necessary or convenient that the line, posts or equipment should be removed to another part of the land, or to land at a higher or lower level, or be altered in form, he may require the licensee, to remove or alter the line, posts or equipment accordingly. (2) (a) If the licensee omits to comply with the requisition, the person may apply in writing to the State Authority which may, in its discretion, after enquiring into all the facts of the case, reject the application or make an order, either absolutely or subject to certain conditions, for the removal or alteration of the line, posts or equipment. The order shall provide for the payment of the cost of executing the removal or alteration by the licensee or by the person making the application, as the State Authority may consider equitable in the circumstances of the case. (b) The State Authority may, instead of itself enquiring into a case under this subsection, direct the District Land Administrator to make such enquiry on its behalf and to make recommendations to it. (3) Whenever the State Authority has made an order for the removal or alteration of any main supply line, the licensee may, instead of removing or altering the supply line, apply to the State Authority to direct the acquisition of such land as is required for the purposes of the line, and the State Authority may direct the acquisition accordingly. (4) Whenever the State Authority is authorized by this section to direct the acquisition of any land, the licensed installation shall be deemed to be a work of public utility and any written law relating to land acquisition in force in the State where the land is situated shall be enforced accordingly. (5) Whenever a supply line has been laid, or posts or equipment erected on State land by a licensee and the land is subsequently alienated to any person, the owner or occupier of the land may, unless the terms of alienation expressly provide otherwise, require the removal of the supply line to another part of the land, or to land at a higher or lower level, or the alteration of the line, posts or equipment, and subsections (1) to (4) shall apply to any such requisition: Provided that the cost of executing the removal or alteration shall be defrayed by the person making the requisition.

Malay text (authoritative)

Pengalihan atau pengubahpindaan talian bekalan, dsb.

(1) Jika talian bekalan telah diletakkan, atau tiang atau kelengkapan didirikan, di atas mana-mana tanah di bawah seksyen 11, dan jika mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen 11(3) berhasrat untuk menggunakan tanah itu mengikut cara yang menjadikannya perlu atau wajar supaya talian, tiang atau kelengkapan itu dialihkan ke bahagian lain tanah itu, atau ke tanah yang arasnya adalah lebih tingi atau lebih rendah, atau diubah pinda bentuknya, dia boleh menghendaki pemegang lesen mengalihkan atau mengubah pinda talian, tiang atau kelengkapan itu dengan sewajarnya. (2) (a) Jika pemegang lesen tidak mematuhi kehendak itu, orang itu boleh memohon secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Negeri yang boleh, menurut budi bicaranya, selepas menyiasat segala fakta hal itu, menolak permohonan itu atau membuat suatu perintah, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada syarat tertentu, bagi pengalihan atau pengubahpindaan talian, tiang atau kelengkapan itu. Perintah itu hendaklah mengadakan peruntukan mengenai pembayaran kos melaksanakan pengalihan atau pengubahpindaan oleh pemegang lesen atau oleh orang yang membuat permohonan, sebagaimana yang Pihak Berkuasa Negeri berpendapat adalah saksama mengikut hal keadaan hal itu. (b) Pihak Berkuasa Negeri boleh, daripada menyiasat sendiri hal itu di bawah subseksyen ini, mengarahkan Pentadbir Tanah Daerah untuk membuat apa-apa siasatan bagi pihaknya dan untuk membuat syor kepadanya. (3) Bilamana Pihak Berkuasa Negeri telah membuat suatu perintah bagi pengalihan atau pengubahpindaan mana-mana talian bekalan utama, pemegang lesen boleh, daripada mengalihkan atau mengubah pinda talian bekalan itu, memohon kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk mengarahkan pengambilan tanah sedemikian sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud talian itu, dan Pihak Berkuasa Negeri boleh mengarahkan pengambilan itu dengan sewajarnya. (4) Bilamana Pihak Berkuasa Negeri diberi kuasa oleh seksyen ini untuk mengarahkan pengambilan mana-mana tanah, pepasangan berlesen hendaklah disifatkan sebagai suatu kerja kemudahan awam dan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengambilan tanah yang sedang berkuat kuasa di dalam Negeri di mana tanah itu terletak hendaklah dikuatkuasakan dengan sewajarnya. (5) Bilamana talian bekalan telah diletakkan, atau tiang atau kelengkapan didirikan, atas tanah Negeri oleh pemegang lesen dan tanah itu kemudiannya diberi hakmilik kepada mana-mana orang, pemunya atau penduduk tanah itu boleh, melainkan jika terma pemberimilikan itu secara nyata memperuntukkan selainnya, menghendaki pengalihan talian bekalan itu ke bahagian lain tanah itu, atau ke tanah yang arasnya adalah lebih tinggi atau lebih rendah, atau pengubahpindaan talian, tiang atau kelengkapan itu, dan subseksyen (1) hingga (4) hendaklah terpakai bagi apa-apa kehendak sedemikian: Dengan syarat bahawa kos melaksanakan pengalihan atau pengubahpindaan itu hendaklah dibayar oleh orang yang berkehendakkan pengalihan atau pengubahpindaan itu.

Read this section in the full act →

Find Act 447 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next