Electricity Supply Act 1990 s 15
s 15 Saving of wayleave agreements
(1) Nothing in section 11 or section 14 shall—
(a) affect the right of a licensee to enter into an agreement, commonly known as a wayleave agreement, with the owner or occupier of any land for the purpose of carrying a supply line across the land; or
(b) affect any such wayleave agreement subsisting at the commencement of this Act.
(2) Notwithstanding any written law relating to land, the Registrar, upon the production to him of the original and the deposit with him of a certified copy of any such wayleave agreement as is referred to in subsection (1), shall cause to be made on the register document of title relating to the land affected by the wayleave agreement a note of the existence of the wayleave agreement.
(3) Where a wayleave agreement relates to land which is a holding included in the Interim Register—
(a) subsection (2) shall apply as if “Commissioner” and “appropriate folio of the Interim Register” were substituted for “Registrar” and “register document of title” respectively; and
(b) when final documents of title are issued for the land under section 39 of the National Land Code (Penang and Malacca Titles) Act 1963 [Act 518], any note made pursuant to that subsection as varied by paragraph (a) shall (if it is still effective immediately before the issue of those documents) be entered by the Commissioner on the register document of title and shall continue to have effect as if it had been entered under that subsection.
(4) So long as there remains on the register document of title or the appropriate folio of the Interim Register a note made pursuant to subsection (2) or (3), all dealings with the land to which the note relates shall be deemed to be subject to the rights of the licensee under and by virtue of the wayleave agreement in respect of which the note has been made.
(5) Where a note or registration of a wayleave agreement made before 1 January 1966, pursuant to subsection (2) or (3) as then in force remained effective immediately before that date, then, for the purposes of subsection (4)—
(a) it shall be regarded as a note made pursuant to subsection
(2); or
(b) if it relates to land included as a holding in the Interim Register it shall be entered on the appropriate folio of the Interim Register and shall then be regarded as a note made pursuant to subsection (3).
(6) In this section—
“Commissioner” and “Interim Register” have the meanings assigned thereto respectively by the National Land Code (Penang and Malacca Titles) Act 1963.
Malay text (authoritative)
Kecualian bagi perjanjian izin lalu
(1) Tiada apa-apa jua dalam seksyen 11 atau seksyen 14 boleh—
(a) menyentuh hak pemegang lesen untuk membuat suatu perjanjian, yang umumnya dikenali sebagai perjanjian izin lalu, dengan pemunya atau penduduk mana-mana tanah bagi maksud membawa talian bekalan merintangi tanah itu; atau
(b) menyentuh apa-apa perjanjian izin lalu sedemikian yang ada pada permulaan kuat kuasa Akta ini.
(2) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah, Pendaftar, apabila dikemukakan kepadanya salinan asal dan disimpan dengannya salinan terperaku bagi apa-apa perjanjian sedemikian yang disebut dalam subseksyen (1), hendaklah menyebabkan suatu nota mengenai kewujudan perjanjian izin lalu itu dibuat pada dokumen hakmilik daftaran yang berhubungan dengan tanah yang terlibat dengan perjanjian izin lalu itu.
(3) Jika suatu perjanjian izin lalu berhubungan dengan tanah yang ialah suatu tanah pegangan yang termasuk dalam Daftar Interim—
(a) subseksyen (2) hendaklah terpakai seolah-olah “Pendaftar” dan “dokumen hakmilik daftaran” masing-masingnya telah digantikan dengan “Pesuruhjaya” dan “folio berkenaan Daftar Interim”; dan
(b) apabila dokumen hakmilik tetap dikeluarkan bagi tanah itu di bawah seksyen 39 Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963 [Akta 518], apa-apa nota yang dibuat menurut subseksyen itu sebagaimana yang diubah oleh perenggan (a) hendaklah (jika ia masih berkuat kuasa sebelum sahaja pengeluaran dokumen itu) dicatatkan oleh Pesuruhjaya pada dokumen hakmilik daftaran dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah ia telah dicatatkan di bawah subseksyen itu.
(4) Selagi masih terdapat suatu nota yang dibuat menurut subseksyen (2) atau (3) pada dokumen hakmilik daftaran atau folio berkenaan Daftar Interim, segala urus niaga berkenaan dengan tanah yang dimaksudkan oleh nota itu hendaklah disifatkan tertakluk kepada hak pemegang lesen di bawah dan menurut kuasa perjanjian izin lalu yang berkenaan dengannya nota itu telah dibuat.
(5) Jika nota atau pendaftaran suatu perjanjian izin lalu yang dibuat sebelum l Januari 1966 menurut subseksyen (2) atau (3) sebagaimana yang berkuat kuasa pada masa itu masih berkuat kuasa sebelum tarikh itu, maka, bagi maksud subseksyen (4)—
(a) ia hendaklah dikira sebagai nota yang dibuat menurut subseksyen (2); atau
(b) jika ia berhubungan dengan tanah yang termasuk sebagai suatu tanah pegangan dalam Daftar Interim, ia hendaklah dicatatkan pada folio berkenaan Daftar Interim dan hendaklah dikira sebagai nota yang dibuat menurut subseksyen (3).
(6) Dalam seksyen ini—
“Pesuruhjaya” dan “Daftar Interim” masing-masingnya mempunyai erti yang diberi kepadanya oleh Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963.
Read this section in the full act →
Find Act 447 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).