My bookmarksSign up free
← Electricity Supply Act 1990

Electricity Supply Act 1990 s 22B

Electricity Supply Act 1990 s 22B

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 22B Pembeli Tunggal

(1) Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, memberi kuasa atau membatalkan pemberian kuasa mana-mana orang atau sesuatu unit, jabatan atau bahagian yang menjadi sebahagian daripada pemegang lesen untuk menjadi Pembeli Tunggal melalui perintah yang disiarkan dalam Warta. (2) Pembeli Tunggal hendaklah mematuhi apa-apa peraturan, kod, garis panduan atau arahan berkaitan dengan fungsinya sebagaimana yang dikeluarkan oleh Menteri atau Suruhanjaya, mengikut manamana yang berkenaan, di bawah Akta ini. (3) Pembeli Tunggal, semasa menunaikan fungsinya di bawah Akta ini, hendaklah memastikan kelakuan tidak berdiskriminasi dan pengendalian optimum sistem kuasa itu setakat yang ia tidak menjejaskan kebolehpercayaan, keterjaminan dan keselamatan sistem kuasa itu. (4) Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan kod, garis panduan atau arahan untuk mengasingkan Pembeli Tunggal daripada aktiviti di bawah lesen pemegang lesen itu yang tidak berkaitan dengan fungsinya sebagai Pembeli Tunggal.

Read this section in the full act →

Find Act 447 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next