My bookmarksSign up free
← Electricity Supply Act 1990

Electricity Supply Act 1990 s 25

Electricity Supply Act 1990 s 25

s 25 Exceptions to duty to supply electricity

Nothing in subsection 24(1) shall be taken as requiring a licensee to give a supply of electricity to any premises if— (a) (i) the supply of electricity is already being given to the premises by another licensee; and (ii) such supply is given whether wholly or partly through the licensee’s supply lines and electrical equipment or plant; (b) he is prevented from doing so by circumstances beyond his control; (c) circumstances exist by reason of which his doing so will or may involve his breach of any regulation under this Act; or (d) it is not reasonable in all the circumstances for him to be required to do so: Provided that this paragraph shall not apply in relation to a supply of electricity which is being given to any premises unless the licensee has given to the occupier or to the owner, if the premises are not occupied, a notice of not less than seven working days of his intention to discontinue the supply of electricity.

Malay text (authoritative)

Kekecualian kepada kewajipan membekalkan elektrik

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen 24(1) boleh dikira sebagai menghendaki pemegang lesen memberikan bekalan elektrik pada mana-mana premis jika— (a) (i) bekalan elektrik telah pun diberikan pada premis itu oleh pemegang lesen yang lain; dan (ii) bekalan sedemikian diberi sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya menerusi talian bekalan dan kelengkapan atau loji elektrik kepunyaan pemegang lesen; (aa) premis itu, iaitu suatu premis komersial atau perindustrian— (i) terletak di atas tanah tanpa mendapat keizinan pemilik tanah; (ii) tidak diluluskan menurut atau melanggar peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]; atau (iii) bertentangan dengan mana-mana undang-undang bertulis yang lain; (b) dia terhalang daripada melakukan sedemikian oleh kerosakan atau kegagalan apa-apa infrastruktur bekalan elektrik, sistem elektrik, kelengkapan atau pepasangan yang di luar kawalannya, atau akibat daripada kebakaran, banjir, tanah runtuh, letupan, kemalangan, kekacauan perindustrian di peringkat negara, darurat, rusuhan, kekacauan awam atau peperangan, atau apa-apa kejadian serupa yang lain yang bukan dalam kawalan pemegang lesen; (c) hal keadaan wujud yang, disebabkan oleh apa yang dilakukannya sedemikian, akan atau boleh melibatkannya melanggar apa-apa peraturan di bawah Akta ini; atau (d) tidak munasabah mengikut hal keadaan untuknya dikehendaki berbuat demikian: Dengan syarat bahawa perenggan ini tidak terpakai berhubung dengan bekalan elektrik yang sedang diberikan pada mana-mana premis melainkan jika pemegang lesen telah memberi kepada penduduk atau pemunya, jika premis tidak diduduki, suatu notis tidak kurang daripada tujuh hari kerja mengenai cadangannya memberhentikan bekalan elektrik.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 447 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next