My bookmarksSign up free
← Electricity Supply Act 1990

Electricity Supply Act 1990 s 26

Electricity Supply Act 1990 s 26

s 26 Power to fix tariffs

(1) A licensee may, in relation to the service of supplying electricity, levy such tariffs as may be approved in writing by the Minister from time to time having regard to any condition in the licence which relates to the supply of electricity in different areas and circumstances. (2) A tariff fixed by a licensee pursuant to subsection (1)— (a) shall be so framed as to indicate the methods by which and the principles on which the tariffs are to be made as well as the prices which are to be charged; and (b) shall be published in such manner as in the opinion of the licensee will secure adequate publicity for it. (3) A tariff fixed by a licensee under subsection (1) may include— (a) a standing charge in addition to the charge for the actual electricity supplied; (b) a charge in respect of the availability of a supply of electricity and such charge may vary according to the extent of supply; and (c) a rent or other charge in respect of any electricity meter or electrical plant or equipment provided by the licensee. (4) In fixing tariffs pursuant to subsection (1) and in making agreements for the supply of electricity under section 29, a licensee shall not show undue preference or discrimination as among consumers or persons similarly situated having regard to the place and time of supply, the quantity of electricity supplied, the consumer load and power factor, and the purpose for which the supply is taken.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk menetapkan tarif dan caj

(1) Suruhanjaya boleh menentukan tarif dan caj untuk dilevikan, dengan kelulusan Menteri, oleh seseorang pemegang lesen. (2) Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan garis panduan mengenai tarif dan caj termasuk— (a) perkaedahan, prinsip, kategori dan reka bentuk tariff dan caj; (b) tempoh bagi pengenaan tarif dan caj dan bagi kajian semula tarif dan caj; dan (c) pengemukaan apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki dan difikirkan perlu oleh Suruhanjaya. (3) Pemegang lesen hendaklah mengemukakan suatu cadangan mengenai tarif dan caj kepada Suruhanjaya mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (2). (4) Tarif dan caj yang diluluskan hendaklah disiarkan oleh pemegang lesen mengikut apa-apa cara sebagaimana yang Suruhanjaya berpendapat dapat memastikan publisiti yang mencukupi bagi tarif itu. (5) Tarif dan caj yang diluluskan di bawah subseksyen (1) boleh termasuk tetapi tidak terhad kepada— (a) suatu caj tetap sebagai tambahan kepada caj bagi elektrik yang sebenarnya dibekalkan; (b) suatu caj berkenaan dengan ketersediaan bekalan elektrik dan caj itu boleh berubah mengikut takat pembekalan; (c) suatu caj sewa atau caj lain berkenaan dengan mana-mana meter elektrik atau loji atau kelengkapan elektrik yang disediakan oleh pemegang lesen; (d) suatu kadar atau kuantum diskaun atau premium daripada tarif yang diluluskan berkenaan dengan jenis pengguna tertentu atau maksud awam sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri; dan (e) suatu kadar atau kuantum bayaran, caj atau levi bagi apa-apa jumlah wang menurut mana-mana undang-undang bertulis yang lain atau mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya. (6) Dalam melevikan tarif dan caj menurut subseksyen (1) dan dalam membuat perjanjian khas di bawah seksyen 29, seseorang pemegang lesen tidak boleh menunjukkan keutamaan tidak wajar atau diskriminasi di kalangan pengguna atau orang yang berada di tempat yang sama dengan mengambil kira tempat dan masa pembekalan, kuantiti elektrik yang dibekalkan, beban pengguna dan faktor kuasa, dan maksud yang baginya bekalan itu diambil.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 447 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next