My bookmarksSign up free
← Electricity Supply Act 1990

Electricity Supply Act 1990 s 33

Electricity Supply Act 1990 s 33

s 33 Serious accidents to be reported. Investigation by the Commission

(1) Whenever any accident or fire causing or resulting in loss of life or hurt to any person or serious damage to property has occurred in connection with any installation or electrical plant or equipment, the owner, licensee or supply authority and the management thereof shall report the accident or fire to the Commission by the quickest means available, and subsequently with the least possible delay shall report in writing to the Commission the facts of the matter so far as they are known to them respectively. (2) The Commission shall, as soon as practicable upon receipt of the first report direct an authorized officer toβ€” (a) visit the place where the accident or fire occurred; (b) make a preliminary investigation of the circumstances; (c) record in writing his findings which may be supported by relevant photographs, upon the investigation; (d) be provided with photographs, medical reports or other relevant documents from any person or authority without any payment of fees and such person or authority shall comply with such request thereof; (e) forward his report to the Chairman; and (f) if there has been any loss of life or there is reason to believe that any person has been fatally injured, send a copy of his finding to the nearest magistrate. (3) In the event of loss of life or grievous hurt to any person due to any accident or fire in connection with any installation or electrical plant or equipment, no alteration or addition shall, without the consent of the Commission, be made to any part of the installation, plant or equipment which may have contributed to cause the accident or fire nor shall any alteration be made, without that consent, to the site of the accident or fire until the authorized officer has completed his investigation: Provided that nothing herein contained shall operate to interfere with rescue work or work necessary for the general safety of life or property. (4) If upon a preliminary investigation under subsection (2) it appears to the authorized officer making the investigation that there is reason to believe that the accident or fire was due to any failure to comply with this Act or any lawful order given by the Commission, or if the authorized officer making such investigation is satisfied that the accident or fire might have been prevented if proper precautions had been taken and observed in the working of any installation or electrical plant or equipment, the Commission may further investigate the circumstances of the accident or fire together with the authorized officer making the preliminary investigation and if in the opinion of the Commission that criminal proceedings should lie against any person, then the Commission shall forward to the Public Prosecutor a copy of the authorized officer’s report with the opinion of the Commission on the circumstances and findings. (5) Any person concerned in any investigation held under this section may be entitled, upon payment of the prescribed fees, to receive a copy of the report, opinion and statement of the Commission in the course of its investigations. (6) Any person who, without lawful excuse, contravenes or fails to comply with subsections (1) and (3) shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five thousand ringgit.

Malay text (authoritative)

Kemalangan serius hendaklah dilaporkan dan penyiasatan oleh Suruhanjaya

(1) Bilamana apa-apa kemalangan atau kebakaran yang menyebabkan atau mengakibatkan kehilangan nyawa atau cedera kepada mana-mana orang atau kerosakan serius pada harta telah berlaku berkaitan dengan apa-apa pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik, pemunya, pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan dan pihak pengurusannya hendaklah melaporkan kemalangan atau kebakaran itu kepada Suruhanjaya melalui cara yang tercepat yang ada, dan kemudiannya, dengan seberapa sedikit kelengahan yang mungkin, hendaklah melaporkan secara bertulis kepada Suruhanjaya mengenai fakta perkara itu setakat yang diketahui oleh mereka masingmasing. (2) Suruhanjaya hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik apabila menerima laporan pertama mengarahkan seseorang pegawai diberi kuasa supayaβ€” (a) melawat tempat di mana kemalangan atau kebakaran itu berlaku; (b) membuat penyiasatan permulaan mengenai hal keadaan itu; (c) merekodkan secara bertulis dapatannya yang boleh disokong dengan fotograf yang relevan, selepas penyiasatan itu; (d) diberikan fotograf, laporan perubatan atau dokumen relevan lain daripada mana-mana orang atau pihak berkuasa tanpa apa-apa pembayaran fi dan orang atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi apa-apa permintaan sedemikian; (e) mengemukakan laporannya kepada Ketua Pegawai Eksekutif; dan (f) jika telah berlaku apa-apa kehilangan nyawa atau terdapat sebab mempercayai bahawa mana-mana orang telah dicederakan sehingga membawa maut, menghantar suatu salinan dapatannya kepada majistret yang terdekat. (3) Sekiranya berlaku kehilangan nyawa atau cedera parah kepada mana-mana orang disebabkan oleh apa-apa kemalangan atau kebakaran berkaitan dengan mana-mana pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik, tiada pengubahpindaan atau penambahan boleh, tanpa kebenaran Suruhanjaya, dibuat pada mana-mana bahagian pepasangan, loji atau kelengkapan itu yang mungkin telah membantu menyebabkan kemalangan atau kebakaran itu dan tiada apa-apa pengubahpindaan boleh dibuat, tanpa keizinan itu, pada tempat berlakunya kemalangan atau kebakaran sehinggalah pegawai diberi kuasa telah menyelesaikan penyiasatannya: Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua yang terkandung di dalam seksyen ini boleh berkuat kuasa untuk mengganggu kerja penyelamatan atau kerja yang perlu bagi keselamatan am nyawa atau harta. (4) Jika berdasarkan suatu penyiasatan permulaan di bawah subseksyen (2) ternyata pada pegawai diberi kuasa yang membuat penyiasatan itu bahawa terdapat sebab untuk mempercayai bahawa kemalangan atau kebakaran itu telah disebabkan oleh apa-apa kegagalan untuk mematuhi Akta ini atau apa-apa perintah sah yang diberikan oleh Suruhanjaya, atau jika pegawai yang diberi kuasa yang membuat penyiasatan itu berpuas hati bahawa kemalangan atau kebakaran itu mungkin boleh dicegah jika langkah berawas-awas yang wajar telah diambil dan dipatuhi semasa mengerjakan mana-mana pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik, Suruhanjaya boleh menyiasat hal keadaan kemalangan atau kebakaran itu dengan lebih lanjut berserta dengan pegawai yang diberi kuasa yang membuat penyiasatan permulaan itu dan jika Suruhanjaya berpendapat bahawa prosiding jenayah patut dibawa terhadap mana-mana orang, maka Suruhanjaya hendaklah mengemukakan kepada Pendakwa Raya suatu salinan laporan pegawai yang diberi kuasa itu dengan pendapat Suruhanjaya mengenai hal keadaan dan dapatan itu. (5) Mana-mana orang yang terlibat dengan mana-mana penyiasatan yang diadakan di bawah seksyen ini berhak, apabila dibayar fi yang ditetapkan, menerima suatu salinan laporan, pendapat dan pernyataan Suruhanjaya dalam penjalanan penyiasatannya. (6) Mana-mana orang yang, tanpa sebab sah, melanggar atau gagal mematuhi subseksyen (1) dan (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part VII β†’

Find Act 447 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next