s 33C Menjalankan kerja elektrik
(1) Seorang orang kompeten atau orang di bawah kawalan orang kompeten yang menjalankan kerja elektrik hendaklah memastikan bahawa kerja elektrik itu mematuhi apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, kod keselamatan infrastruktur elektrik atau kod keselamatan pepasangan elektrik bukan domestik, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau jika tiada apa-apa peraturan atau kod, dengan standard dan amalan industri yang berhemat sebagaimana ditentukan oleh Suruhanjaya. (2) Orang yang menjalankan kerja elektrik di bawah subseksyen (1) hendaklah memastikan bahawa kerja itu tidak menyebabkan kecederaan berkaitan elektrik terhadap mana-mana orang atau kerosakan kepada apa-apa harta benda.