s 33D Tanggungjawab yang berhubungan dengan kerja selain kerja elektrik
(1) Mana-mana orang yang menjalankan apa-apa pembinaan, pembangunan, pengubahsuaian atau kerja selain kerja elektrik berhampiran dengan pepasangan elektrik hendaklah memastikan bahawa kerja itu tidak menyebabkan gangguan kepada bekalan elektrik atau kecederaan berhubung elektrik kepada mana-mana orang atau kerosakan terhadap apa-apa harta benda. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.