My bookmarksSign up free
← Electricity Supply Act 1990

Electricity Supply Act 1990 s 33E

Electricity Supply Act 1990 s 33E

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 33E Pematuhan pemeriksaan

(1) Suruhanjaya boleh, memeriksa atau menyebabkan supaya diperiksa suatu infrastruktur bekalan elektrik, pepasangan elektrik bukan domestik atau tempat perniagaan atau apa-apa aktiviti pengilang berdaftar atau pengimport atau suatu badan penilaian pematuhan berdaftar atau pusat latihan dan pemeriksaan berdaftar atau institusi untuk memastikan bahawa pemegang lesen, pemegang lesen bagi jualan dan pemegang lesen bagi pepasangan persendirian, pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik, pengilang berdaftar atau pengimport, atau badan penilaian pematuhan berdaftar atau pusat latihan dan pemeriksaan berdaftar atau institusi, mengikut mana-mana yang berkenaan, mematuhi Akta ini, apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, garis panduan, kod atau arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini, pelan pengurusan keselamatan dan program pengurusan keselamatan, mengikut manamana yang berkenaan. (2) Suruhanjaya boleh memeriksa atau menyebabkan supaya diperiksa apa-apa kelengkapan, di mana-mana premis, bangunan, kemudahan termasuk kemudahan sementara dan kenderaan yang digunakan bagi penjualan atau tawaran bagi penjualan secara jualan untuk menentukan jika kelengkapan itu mematuhi standard sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

Read this section in the full act →

Find Act 447 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next