Electricity Supply Act 1990 s 43
s 43 Compounding
(1) The Chairman may, with the consent in writing of the Public Prosecutor, compound offences under section 8, subsections 37(9), 37(10), 37(12), 37(13), 37(14), 37(15), section 45 and subsection 49(5), or any regulations made under this Act, by collecting from the person reasonably suspected of having committed the offence a sum of money not exceeding fifty per cent of the amount of maximum fine for that offence.
(1A) All sums of moneys received by the Commission under this section shall be paid into and form part of the Consolidated Fund.
(2) The Minister may make rules or regulations to prescribe the method and procedure for compounding such offences.
Malay text (authoritative)
Pengkompaunan
(1) Menteri boleh, dengan keizinan Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan—
(a) mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun;
(b) kriteria bagi mengkompaun kesalahan itu; dan
(c) kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan itu.
(2) Suruhanjaya boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum pertuduhan dimulakan mengkompaun mana-mana kesalahan yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Suruhanjaya jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya.
(3) Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan telah dilakukan tetapi sebelum apa-apa
pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa pelanjutan masa yang boleh diberikan oleh Suruhanjaya, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(4) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan mana-mana dokumen atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Suruhanjaya, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.
(5) Semua jumlah wang yang diterima oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Read this section in the full act →
Find Act 447 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).