My bookmarksSign up free
← Electricity Supply Act 1990

Electricity Supply Act 1990 s 45A

Electricity Supply Act 1990 s 45A

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 45A Pengauditan pemegang lesen, pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik

(1) Suruhanjaya boleh menjalankan audit pada bila-bila masa atau pada apa-apa lat tempoh sebagaimana yang ditentukan olehnya menghendaki seseorang pemegang lesen atau pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik untuk melantik dengan kos ditanggung sendiri seorang pakar bebas untuk mengaudit apa-apa perkara di bawah Bahagian IV dan keselamatan pepasangan dan kelengkapan di bawah Bahagian VIIA Akta ini atau apa-apa maklumat yang diberikan oleh pemegang lesen atau pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik kepada Suruhanjaya. (2) Audit hendaklah dijalankan dengan mengikut mana-mana kod, garis panduan atau arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini. (3) Suruhanjaya boleh menentukan kelas atau kategori pemegang lesen atau pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik yang tertakluk kepada audit. (4) Pemegang lesen atau pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik hendaklah membuktikan sehingga memuaskan hati Suruhanjaya bahawa pakar bebas yang disebut dalam subseksyen (1) mempunyai kelayakan dan kekompetenan yang perlu. (5) Pemegang lesen atau pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik itu hendaklah mengemukakan suatu salinan laporan audit itu kepada Suruhanjaya dalam masa yang dinyatakan oleh Suruhanjaya. (6) Pemegang lesen atau pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik yang— (a) gagal memberikan apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 52B; (b) dengan sengaja mengubah, menyembunyikan atau memusnahkan apa-apa dokumen atau maklumat yang dia dikehendaki untuk mengemukakan melalui notis bertulis; atau (c) enggan untuk membantu atau memudahkan, atau menghalang Suruhanjaya, pegawai diberi kuasanya atau perunding yang dilantik dalam menjalankan sesuatu pengauditan di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan.

Read this section in the full act →

Find Act 447 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next