My bookmarksSign up free
← Electricity Supply Act 1990

Electricity Supply Act 1990 s 52

Electricity Supply Act 1990 s 52

s 52 Power to declare sources of water

(1) The State Authority in any State, may, at the request of the Commission on behalf of any licensee, by order declare any lake, river or waterway or any part thereof to be a source of water for the purposes of the licensee as stipulated in the terms and conditions of his licence and, in making the declaration, the State Authority may impose such conditions and restrictions as it deems fit. (2) Notwithstanding anything contained in any written law, no person shall dam up or otherwise interfere with any such source of water without first serving on the licensee either personally or by registered post a three months’ notice, in such form as may be prescribed, specifying the work he proposes to undertake. (3) At any time before the expiration of the time specified in the notice the licensee may, if he considers that the work referred to in subsection (2) will materially affect his functions, by notice in writing served on the person, either personally or by registered postβ€” (a) prohibit the person from proceeding with the work; or (b) attach conditions to the undertaking of the work by the person. (4) Any person dissatisfied with the action taken by the licensee under subsection (3) may appeal to the State Authority whose decision shall be final. (5) Any person whoβ€” (a) dams up or otherwise interferes with any source of water declared under subsection (1) without serving the notice required by subsection (2); (b) undertakes any work prohibited under this section; or (c) fails to comply with any conditions imposed under this section, shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit, and a further fine not exceeding one hundred ringgit for every day or part of a day during which the offence continues after conviction. (6) Notwithstanding any declaration made under subsection (1), nothing in this section shall affect any licence granted not less than twenty-five years before the date of the declaration under any written law to divert water from any lake, river or waterway, for the purpose of a public installation, the holder of which has not, in the opinion of the State Authority, made reasonable use, for the purposes of the installation, of the rights arising out of the licence in connection with any lake, river, waterway or part thereof declared to be a source of water.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk mengisytiharkan sumber air

(1) Pihak Berkuasa Negeri di mana-mana Negeri, boleh, atas permintaan Suruhanjaya bagi pihak mana-mana pemegang lesen, melalui perintah mengisytiharkan mana-mana tasik, sungai atau laluan air atau mana-mana bahagiannya sebagai sumber air bagi maksud pemegang lesen sebagaimana yang dinyatakan dalam terma dan syarat lesennya dan, apabila membuat perisytiharan itu, Pihak Berkuasa Negeri boleh mengenakan apa-apa syarat dan sekatan yang difikirkannya patut. (2) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, tiada seorang pun boleh mengempangkan atau selainnya mengganggu mana-mana sumber air sedemikian tanpa terlebih dahulu menyampaikan kepada pemegang lesen sama ada secara sendiri atau melalui pos berdaftar suatu notis tiga bulan, dalam apa-apa bentuk yang ditetapkan, yang menyatakan kerja yang hendak diusahakannya. (3) Pada bila-bila masa sebelum habisnya tempoh masa yang dinyatakan dalam notis itu, pemegang lesen boleh, jika dia mendapati kerja yang disebut dalam subseksyen (2) akan mengganggu secara material fungsinya, melalui notis bertulis yang disampaikan kepada orang itu, sama ada secara sendiri atau melalui pos berdaftarβ€” (a) melarang orang itu meneruskan kerja itu; atau (b) boleh mengenakan syarat ke atas pengusahaan kerja itu oleh orang itu. (4) Mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh pemegang lesen di bawah subseksyen (3) boleh merayu kepada Pihak Berkuasa Negeri yang keputusannya adalah muktamad. (5) Mana-mana orang yangβ€” (a) mengempangkan atau selainnya mengganggu mana-mana sumber air yang diisytiharkan di bawah subseksyen (1) tanpa menyampaikan notis yang dikehendaki oleh subseksyen (2); (b) mengusahakan apa-apa kerja yang dilarang di bawah seksyen ini; atau (c) gagal mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit, dan dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan. (6) Walau apa pun apa-apa perisytiharan yang dibuat di bawah subseksyen (1), tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menyentuh apa-apa lesen yang diberikan tidak kurang daripada dua puluh lima tahun sebelum tarikh perisytiharan itu di bawah mana-mana undangundang bertulis untuk melencongkan air dari mana-mana tasik, sungai atau laluan air, bagi maksud suatu pepasangan awam, yang pemegangnya belum, pada pendapat Pihak Berkuasa Negeri, menggunakan dengan munasabah hak yang berbangkit daripada lesen yang berkaitan dengan mana-mana tasik, sungai, laluan air atau bahagiannya yang diisytiharkan sebagai sumber air bagi maksud pepasangan itu.

Read this section in the full act β†’

Find Act 447 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next