My bookmarksSign up free
← Electricity Supply Act 1990

Electricity Supply Act 1990 s 52A

Electricity Supply Act 1990 s 52A

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 52A Jaminan maklumat infrastruktur bekalan

(1) Mana-mana pemegang lesen sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya yang menyediakan bekalan elektrik kepada pengguna hendaklah bertanggungjawab bagi memelihara kerahsiaan, keutuhan dan ketersediaan maklumatnya, sistem maklumat dan infrastruktur rangkaian sokongan yang berkenaan dengan kewajipan dan perkara-perkara lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini. (2) Pemegang lesen hendaklah— (a) mengambil langkah-langkah yang perlu, mewujudkan dan melaksanakan standard dan menggunakan kawalan jaminan maklumat yang berkaitan untuk menghalang, mengelakkan, meremedikan, mendapatkan kembali atau meletakkan semula maklumat, dokumen, alat atau rekodnya yang disimpan dalam komputernya dan bagi sistem pengendalian komputernya daripada apa-apa risiko— (i) ancaman atau akses tanpa kebenaran; dan (ii) gangguan atau penyingkiran; (b) mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan ketahanan infrastruktur rangkaian sokongannya untuk mengurangkan impak perniagaan terhadap pelbagai ancaman kepada aktiviti di bawah lesennya; dan (c) memastikan bahawa kebolehpercayaan, keberterusan dan kualiti bekalan elektrik, pelaksanaan kewajipannya dan kepatuhan kepada peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya tidak terjejas, dan hendaklah melaporkan kepada Suruhanjaya dalam masa yang dinyatakan oleh Suruhanjaya, dan sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang menggangu atau menjejaskan prestasi aktiviti di bawah lesen, melaporkan kejadian itu dengan segera kepada Suruhanjaya dan pihak berkuasa lain yang berkaitan. (3) Mana-mana pemegang lesen yang tidak mematuhi, mengabaikan untuk mematuhi atau melanggar mana-mana peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (4) Bagi maksud seksyen ini— “infrastruktur rangkaian sokongan” merujuk kepada sambungan yang berkaitan, peranti rangkaian, perkakasan dan perisian yang menyediakan perkhidmatan rangkaian dalam menyokong fungsi perniagaan; “kawalan jaminan maklumat” merujuk kepada cara pengurusan risiko, termasuk dasar, tatacara, garis panduan, amalan atau struktur organisasi, yang boleh dari jenis pentadbiran, teknikal, pengurusan atau perundangan; “ketahanan” ertinya kebolehan sesuatu organisasi untuk menahan daripada terjejas oleh sesuatu kejadian.

Read this section in the full act →

Find Act 447 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next