s 52B Obligasi untuk memberikan maklumat
(1) Suruhanjaya boleh memberi kuasa mana-mana pegawai untuk mendapatkan apa-apa maklumat yang berkenaan dengan pemegang lesen atau mana-mana orang lain di bawah Akta ini dan hendaklah diberi capaian kepada apa-apa maklumat sama ada disimpan dalam suatu komputer atau selainnya. (2) Mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1), hendaklah mempunyai kuasa untuk menghendaki pengemukaan rekod, akaun, data, data berkomputer dan dokumen yang disimpan oleh pemegang lesen atau mana-mana orang lain dan untuk memeriksa, meneliti dan memuat turun daripadanya, membuat salinannya atau mengambil cabutan daripadanya. (3) Bagi maksud seksyen ini, “capaian” termasuklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan data berkomputer difahami. (4) Mana-mana orang yang enggan memberikan apa-apa maklumat yang dengan munasabahnya mungkin dikehendaki daripadanya di bawah subseksyen (1) dan yang ada dalam pengetahuannya atau dalam kuasanya untuk memberikan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.