(1) Where the fugitive criminal is brought before the Sessions Court, the Sessions Court shall receive any evidence tendered by or on behalf of the fugitive criminal to show—
(a) that he did not do or omit to do the act alleged to have been done or omitted by him;
(b) that he is not the person against whom the warrant was issued in the country which seeks his return;
(c) that the alleged act or omission is not an extradition offence in relation to the country which seeks his return;
(d) that the offence is of a political character, or that the proceedings are being taken with a view to try or punish him for an offence of a political character;
(e) that the offence is an offence under military law which is not also an offence under the general criminal law;
(f) that the alleged act or omission does not constitute an offence under the law of Malaysia;
(g) that his return would not be in accordance with the provisions of this Act;
(h) that he has been previously convicted or acquitted or pardoned by a competent tribunal or authority in the country which seeks his return or in Malaysia in respect of the alleged act or omission; or
(i) that the request for his surrender was made for the purpose of prosecuting or punishing him on account of his race, religion, nationality or political opinions, or that he might be prejudiced at his trial or punished or imprisoned by reason of his race, religion, nationality or political opinions.
(2) Nothing in this section shall limit the power of the Sessions Court to receive any other evidence that may be tendered to show that the fugitive criminal should not be returned.
(3) For the purposes of paragraph (2)(d), the Sessions Court may receive such evidence as in its opinion may assist it in determining the truth, whether or not such evidence is otherwise legally admissible in a court of law.
(4) If the Sessions Court is of the opinion that a prima facie case is not made out in support of the requisition of the country concerned, the Court shall discharge the fugitive criminal.
(5) If the Sessions Court is of the opinion that a prima facie case is made out in support of the requisition of the country concerned, the Court shall commit the fugitive criminal to prison to await the order of the Minister for his surrender, and shall report the result of its inquiry to the Minister; and shall forward together with such report any written statement which the fugitive criminal may desire to submit for the consideration of the Minister.
Malay text (authoritative)
Tatacara di hadapan Mahkamah Sesyen
(1) Jika penjenayah buruan dibawa ke hadapan Mahkamah Sesyen, maka Mahkamah Sesyen hendaklah menerima apa-apa keterangan yang dikemukakan oleh atau bagi pihak penjenayah buruan itu untuk menunjukkan―
(a) bahawa dia tidak melakukan atau meninggalkan daripada melakukan perbuatan yang dikatakan telah dilakukan atau ditinggalkan olehnya;
(b) bahawa dia bukanlah orang yang terhadapnya waran telah dikeluarkan di negara yang cuba mendapatkan pemulangannya;
(c) bahawa perbuatan atau peninggalan yang dikatakan itu bukanlah suatu kesalahan ekstradisi berhubungan dengan negara yang cuba mendapatkan pemulangannya;
(d) bahawa kesalahan itu bersifat politik, atau bahawa prosiding itu diambil dengan tujuan untuk
membicarakannya atau menghukumnya atas suatu kesalahan yang bersifat politik;
(e) bahawa kesalahan itu ialah suatu kesalahan di bawah undang-undang tentera yang bukanlah suatu kesalahan juga di bawah undang-undang jenayah am;
(f) bahawa perbuatan atau peninggalan yang dikatakan itu tidak menjadi suatu kesalahan di bawah undang-undang Malaysia;
(g) bahawa pemulangannya tidak akan selaras dengan peruntukan Akta ini;
(h) bahawa dia telah, sebelum ini, disabitkan atau dibebaskan atau diampunkan oleh suatu tribunal atau pihak berkuasa yang berwibawa di negara yang cuba mendapatkan pemulangannya atau di Malaysia berkenaan dengan perbuatan atau peninggalan yang dikatakan itu; atau
(i) bahawa permintaan bagi penyerahannya telah dibuat bagi maksud mendakwa atau menghukumnya kerana rasnya, agamanya, kerakyatannya atau fahaman politiknya, atau bahawa dia mungkin terjejas dalam perbicaraannya atau dihukum atau dipenjarakan oleh sebab rasnya, agamanya, kerakyatannya atau fahaman politiknya.
(2) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh mengehadkan kuasa Mahkamah Sesyen untuk menerima apa-apa keterangan lain yang boleh dikemukakan untuk menunjukkan bahawa penjenayah buruan itu tidak sepatutnya dipulangkan.
(3) Bagi maksud perenggan (2)(d), Mahkamah Sesyen boleh menerima keterangan yang pada pendapatnya boleh membantu Mahkamah itu dalam menentukan kebenaran, sama ada atau tidak keterangan itu boleh diterima secara sah selainnya di mahkamah.
(4) Jika Mahkamah Sesyen berpendapat bahawa kes prima facie tidak dibuktikan bagi menyokong rekuisisi negara berkenaan, maka Mahkamah hendaklah melepaskan penjenayah buruan itu.
(5) Jika Mahkamah Sesyen berpendapat bahawa kes prima facie telah dibuktikan bagi menyokong rekuisisi negara berkenaan, maka Mahkamah itu hendaklah mengkomitkan penjenayah buruan itu ke penjara untuk menunggu perintah Menteri bagi penyerahannya, dan hendaklah melaporkan keputusan siasatannya kepada Menteri; dan hendaklah mengemukakan bersama laporan itu apa-apa pernyataan bertulis yang penjenayah buruan itu berhasrat untuk mengemukakannya bagi pertimbangan Menteri.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).