Malaysia External Trade Development Corporation Act 1992 s 26
Malaysia External Trade Development Corporation Act 1992 s 26
s 26 Imposition of levy
(1) For the purposes of this Act, the Minister may, after consulting the Minister of Finance and the Corporation, make an
order for the imposition, collection, variation or cancellation of a levy on the exportation and importation of any goods specified in the order.
(2) Any order made under subsection (1) may provide—
(a) for different rates of levy in respect of the export and import of different goods;
(b) for the manner of recovery of the levy by the Corporation; and
(c) for the exemption of any person or class of persons or any goods from payment of the levy.
(3) The levy collected under this section shall be paid into the Trade Development Fund established under section 28.
(4) The Corporation shall, authorize any customs officer to collect the levy imposed under subsection (1) on its behalf.
(5) The Minister shall, if he is satisfied that it would be just and proper to do so, direct the refund of the whole or any part of the levy imposed on any goods or class of goods paid pursuant to subsection (1) during such period as he may specify in his direction, and in directing such refund, impose such terms and conditions as he may deem fit.
(6) The Minister shall, if it is proved to his satisfaction that any money has been overpaid or erroneously paid as a levy under this Act, order the refund of the money so overpaid or erroneously paid, as soon as practicable:
Provided that no such refund shall be allowed unless a claim in respect thereof is made within one year after the overpayment or erroneous payment was made.
(7) Subject to subsection (6), the Minister shall not be required to allow the aforesaid claim unless the claim—
(a) is made in such form and manner;
(b) contains such information; and
(c) is accompanied by such documents whether by way of evidence or otherwise, as the Minister may by regulations prescribe.
Malay text (authoritative)
Pengenaan levi
(1) Bagi maksud Akta ini, Menteri boleh, selepas berunding dengan Menteri Kewangan dan Perbadanan, membuat suatu perintah bagi pengenaan, pengutipan, pengubahan atau pembatalan levi ke atas pengeksportan dan pengimportan apa-apa barangan yang dinyatakan dalam perintah itu.
(2) Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh memperuntukkan—
(a) kadar levi yang berlainan berkenaan dengan eksport dan import barangan yang berlainan;
(b) cara Perbadanan mendapatkan levi; dan
(c) pengecualian mana-mana orang atau golongan orang atau kelas barangan daripada pembayaran levi.
(3) Levi yang dikutip di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan Perdagangan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28.
(4) Perbadanan boleh memberi kuasa kepada mana-mana pegawai kastam untuk mengutip levi yang dikenakan di bawah subseksyen (1) bagi pihaknya.
(5) Menteri hendaklah, sekiranya dia berpuas hati bahawa adalah adil dan patut berbuat sedemikian, mengarahkan pembayaran balik sepenuhnya atau mana-mana bahagian daripada levi yang dikenakan ke atas apa-apa barangan atau kelas barangan yang telah dibayar menurut subseksyen (1) semasa apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakannya dalam arahannya, dan dalam mengarahkan pembayaran balik sedemikian, mengenakan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.
(6) Menteri hendaklah, sekiranya dibuktikan sehingga dia berpuas hati bahawa apa-apa wang telah terlebih bayar atau tersilap bayar sebagai levi di bawah Akta ini, memerintahkan pembayaran balik wang yang telah terlebih bayar atau tersilap bayar itu, seberapa segera yang praktik:
Dengan syarat bahawa tiada pembayaran balik sedemikian akan dibenarkan melainkan tuntutan berkenaan dengannya dibuat dalam masa satu tahun selepas pembayaran terlebih atau pembayaran tersilap itu dibuat.
(7) Tertakluk kepada subseksyen (6), Menteri tidak dikehendaki untuk membenarkan tuntutan yang disebutkan terdahulu melainkan tuntutan itu—
(a) dibuat dalam apa-apa bentuk dan cara;
(b) mengandungi apa-apa maklumat; dan
(c) disertai apa-apa dokumen sama ada sebagai keterangan atau selainnya,
sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui peraturanperaturan.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).