(1) The Yang di-Pertuan Agong may, on the occurrence of any disease outbreak, industrial unrest, strike, lockout or any other event which gives rise to an emergency, or in the interest of public safety, authorize the Minister to—
(a) suspend the licence of a licensed operator and take temporary possession of any abattoir of a licensed operator;
(b) withdraw either partially or totally the use of any abattoir service or facility from any person or class of persons or from the public at large.
(2) The Yang di-Pertuan Agong may also authorize the Minister or any other officer employed by the Government to operate an abattoir taken possession of under paragraph (1)(a).
(3) The licensed operator shall give all necessary assistance whenever required to do so by the Minister or by any officer authorized to operate an abattoir under subsection (2).
(4) If any doubt arises as to the existence of an emergency or whether any act done under subsection (1) was in the interest of public safety, a certificate signed by the Yang di-Pertuan Agong and exhibited at such places as the Minister deems fit shall be conclusive proof on the point.
(5) Where the Government takes possession of any abattoir under paragraph (1)(a) the licensed operator shall be paid adequate compensation which shall be determined by the Director General after giving an opportunity to the licensed operator to be heard on the matter.
(6) Any licensed operator who is dissatisfied with the determination or decision of the Director General may appeal therefrom to the Minister.
Malay text (authoritative)
Kuasa khas semasa darurat
(1) Yang di-Pertuan Agong boleh, apabila berlakunya apa-apa wabak penyakit, kekacauan perindustrian, mogok, sekat masuk atau apa-apa kejadian lain yang menimbulkan keadaan darurat, atau demi kepentingan keselamatan awam, memberi kuasa kepada Menteri untuk—
(a) menggantung lesen seseorang pengendali berlesen dan mengambil milik sementara mana-mana rumah penyembelihan seseorang pengendali berlesen;
(b) menarik balik sama ada sebahagian atau keseluruhan penggunaan mana-mana perkhidmatan atau kemudahan rumah penyembelihan daripada mana-mana orang atau golongan orang atau daripada orang awam pada umumnya.
(2) Yang di-Pertuan Agong boleh juga memberi kuasa kepada Menteri atau mana-mana pegawai lain yang bekerja dengan Kerajaan untuk mengendalikan rumah penyembelihan yang diambil milikan di bawah perenggan (1)(a).
(3) Pengendali berlesen hendaklah memberi segala bantuan yang perlu apabila dikehendaki berbuat demikian oleh Menteri atau manamana pegawai yang diberi kuasa untuk mengendalikan rumah penyembelihan di bawah subseksyen (2).
(4) Jika apa-apa keraguan berbangkit tentang kewujudan sesuatu darurat atau sama ada apa-apa tindakan yang dibuat di bawah subseksyen (1) adalah demi kepentingan keselamatan awam, maka suatu perakuan yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong dan
dipamerkan di mana-mana tempat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri hendaklah menjadi bukti muktamad mengenainya.
(5) Jika Kerajaan mengambil milikan mana-mana rumah penyembelihan di bawah perenggan (1)(a) pengendali berlesen itu hendaklah dibayar pampasan mencukupi yang hendaklah ditentukan oleh Ketua Pengarah selepas memberikan pengendali berlesen itu peluang untuk didengar atas perkara itu.
(6) Mana-mana pengendali berlesen yang tidak berpuas hati dengan penentuan atau keputusan Ketua Pengarah boleh merayu kepada Menteri terhadap penentuan atau keputusan itu
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).