s 18B Kewajipan untuk menjalankan dan melaksanakan pentaksiran risiko
(1) Tiap-tiap majikan, orang yang bekerja sendiri atau prinsipal hendaklah menjalankan pentaksiran risiko berhubung dengan risiko keselamatan dan kesihatan yang terdedah kepada mana-mana orang yang mungkin terjejas dengan pengusahaannya di tempat kerja. (2) Jika pentaksiran risiko menunjukkan bahawa kawalan risiko dikehendaki untuk menghapuskan atau mengurangkan risiko keselamatan dan kesihatan, majikan, orang yang bekerja sendiri atau prinsipal itu hendaklah melaksanakan kawalan itu. (3) Bagi maksud seksyen ini, “pentaksiran risiko” ertinya proses membuat penilaian risiko kepada keselamatan dan kesihatan yang timbul daripada bahaya semasa bekerja dan menentukan langkah-langkah yang wajar bagi pengawalan risiko.