My bookmarksSign up free
← Occupational Safety and Health Act 1994

Occupational Safety and Health Act 1994 s 20

Occupational Safety and Health Act 1994 s 20

s 20 General duties of manufacturers, etc., as regards plant for use at work

(1) It shall be the duty of a person who designs, manufactures, imports or supplies any plant for use at work— (a) to ensure, so far as is practicable, that the plant is so designed and constructed as to be safe and without risks to health when properly used; (b) to carry out or arrange for the carrying out of such testing and examination as may be necessary for the performance of the duty imposed on him by paragraph (a); and (c) to take such steps as are necessary to secure that there will be available in connection with the use of the plant at work adequate information about the use for which it is designed and has been tested, and about any condition necessary to ensure that, when put to that use, it will be safe and without risks to health. (2) It shall be the duty of a person who undertakes the design or manufacture of any plant for use at work to carry out or arrange for the carrying out of any necessary research with a view to the discovery and, so far as is practicable, the elimination or minimization of any risk to safety or health to which the design or plant may give rise. (3) It shall be the duty of a person who erects or installs any plant for use by persons at work to ensure, so far as is practicable, that nothing about the way in which it is erected or installed makes it unsafe or a risk to health when properly used.

Malay text (authoritative)

Kewajipan am pengilang, dsb. berkenaan dengan loji bagi kegunaan semasa bekerja

(1) Adalah menjadi kewajipan seseorang yang mereka bentuk, mengilang, mengimport atau membekalkan apa-apa loji bagi kegunaan semasa bekerja— (a) untuk memastikan, setakat yang praktik, bahawa loji itu direka bentuk dan dibina sebegitu rupa supaya selamat dan *CATATAN—Dahulunya “lima puluh ribu”-lihat perenggan 17(c) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 [Akta A1648]. tanpa risiko kepada kesihatan apabila digunakan dengan sepatutnya; (b) untuk menjalankan atau mengaturkan supaya dijalankan apa-apa ujian dan pemeriksaan yang perlu bagi pelaksanaan kewajipan yang dikenakan ke atasnya oleh perenggan (a); (c) untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi menjamin bahawa akan boleh didapati berkaitan dengan penggunaan loji itu semasa bekerja maklumat memadai mengenai kegunaan yang baginya loji itu direka bentuk dan telah diuji, dan mengenai apa-apa keadaan yang perlu untuk memastikan bahawa, apabila digunakan begitu, loji itu selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan; dan (d) untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi menjamin, setakat yang boleh dipraktikkan, bahawa orang yang dibekalkan dengan loji itu diberikan semua kajian semula terhadap maklumat yang diberikan kepada mereka di bawah perenggan (c) sebagaimana yang perlu oleh sebab telah diketahui bahawa terdapat risiko baharu yang boleh menimbulkan risiko yang serius kepada keselamatan atau kesihatan. (2) Adalah menjadi kewajipan seseorang yang mengusahakan reka bentuk atau pengilangan apa-apa loji bagi kegunaan semasa bekerja untuk menjalankan atau mengaturkan supaya dijalankan apa-apa penyelidikan yang perlu dengan tujuan agar ditemui dan, setakat yang praktik, dihapuskan atau dikurangkan apa-apa risiko terhadap keselamatan atau kesihatan yang mungkin ditimbulkan oleh reka bentuk atau loji itu. (3) Adalah menjadi kewajipan seseorang yang membina atau memasang apa-apa loji bagi kegunaan orang-orang semasa bekerja untuk memastikan, setakat yang praktik, bahawa tiada apa-apa mengenai cara loji itu dibina atau dipasang menjadikannya tidak selamat atau suatu risiko kepada kesihatan apabila digunakan dengan sepatutnya.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 514 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next