(1) Any amount standing to the credit of the reserve fund established under subsection 14(4) of the Public Trustee Act 1950
as in force before the commencement of this Act shall on the appointed date be transferred to the credit of the General Reserve Fund.
(2) The Corporation may direct such part of the balance standing to the credit of the income account of the Common Fund at the end of the preceding year (after deducting the interest payable to the beneficiaries and other lawful charges) to be carried to the credit of the General Reserve Fund.
(3) The General Reserve Fund shall be used for—
(a) meeting losses arising on the disposal of the investment of the Common Fund;
(b) maintaining reasonable rates of interest payments or payment of prescribed interest on capital moneys in the Common Fund;
(c) carrying out the general purposes of the Common Fund; or
(d) such other purposes as the Minister may by rules prescribe.
(4) The General Reserve Fund may be invested by the Corporation in such investments as are permitted by law for the investment of trust funds or may be deposited in any bank.
Malay text (authoritative)
Kumpulan Wang Rizab Am
(1) Apa-apa amaun yang merupakan baki kredit kumpulan wang rizab yang ditubuhkan di bawah subseksyen 14(4) Akta Pemegang Amanah Raya 1950 [Akta 247] sebagaimana berkuat kuasa sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah pada tarikh yang ditetapkan dipindahkan kepada kredit Kumpulan Wang Rizab Am.
(2) Perbadanan boleh mengarahkan supaya mana-mana bahagian baki pada kredit akaun pendapatan Kumpulan Wang Bersama pada akhir tahun yang terdahulu (selepas ditolak bunga yang kena dibayar kepada benefisiari dan tanggungan sah yang lain) dibawa kepada kredit Kumpulan Wang Rizab Am.
(3) Kumpulan Wang Rizab Am hendaklah digunakan untuk—
(a) menjelaskan kerugian yang timbul daripada pelupusan pelaburan Kumpulan Wang Bersama;
(b) mengekalkan kadar yang munasabah bagi pembayaran bunga atau pembayaran bunga yang ditetapkan atas wang modal dalam Kumpulan Wang Bersama;
(c) menjalankan maksud am Kumpulan Wang Bersama; atau
(d) apa-apa maksud lain yang ditetapkan oleh Menteri melalui kaedah-kaedah.
(4) Kumpulan Wang Rizab Am boleh dilaburkan oleh Perbadanan dalam apa-apa pelaburan yang dibenarkan oleh undang-undang bagi pelaburan wang amanah atau boleh didepositkan di dalam mana-mana bank.
PENGGAL 3
Kumpulan Wang Pelaburan Kumpulan
Text as at 1 September 2010 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).