My bookmarksSign up free
← Public Trust Corporation Act 1995

Public Trust Corporation Act 1995 s 30

Public Trust Corporation Act 1995 s 30

s 30 Formation of Group Investment Fund

(1) The Corporation may, from time to time, with the approval of the Minister of Finance and the Minister, establish and keep, in addition to and separately from the Common Fund, one or more funds each of which shall be called a Group Investment Fund. Where more than one Group Investment Fund is so established, each such Fund shall be given an appropriate distinguishing name or number. (2) All moneys forming part of any Group Investment Fund shall be invested in such class or classes of investments as the Corporation determines at the time when the Fund is established, being investments authorized by the instrument or other authority by which the moneys are held or any investment permitted by law for the investment of trust funds. (3) Subject to this section, where moneys of any estate is in its possession and is available for investment but is not invested in the Common Fund, the Corporation may invest that money in any of its Group Investment Funds in which the money might lawfully be invested if the money is not directed to be invested in some other specified manner and investment in a Group Investment Fund is not inconsistent with the terms of the trust instrument (if any) or other authority governing the money. (4) Investments made from moneys forming part of a Group Investment Fund shall not be made on account of or belong to any particular estate.

Malay text (authoritative)

Pembentukan Kumpulan Wang Pelaburan Kumpulan

(1) Perbadanan boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri Kewangan dan Menteri, menubuhkan dan menyimpan, sebagai tambahan kepada dan berasingan daripada Kumpulan Wang Bersama, satu kumpulan wang atau lebih yang setiap satunya hendaklah dipanggil Kumpulan Wang Pelaburan Kumpulan. Jika lebih daripada satu Kumpulan Wang Pelaburan Kumpulan ditubuhkan sedemikian, setiap Kumpulan Wang itu hendaklah diberikan nama atau nombor yang sesuai yang membezakannya. (2) Segala wang yang menjadi sebahagian daripada manamana Kumpulan Wang Pelaburan Kumpulan hendaklah dilaburkan dalam apa-apa kelas atau kelas-kelas pelaburan yang ditentukan oleh Perbadanan pada masa Kumpulan Wang itu ditubuhkan, yang merupakan pelaburan yang dibenarkan oleh surat cara atau kuasa lain yang melaluinya wang itu dipegang atau apa-apa pelaburan yang dibenarkan oleh undang-undang bagi pelaburan wang amanah. (3) Tertakluk kepada seksyen ini, jika wang mana-mana harta pusaka berada dalam miliknya dan tersedia untuk dilaburkan tetapi tidak dilaburkan dalam Kumpulan Wang Bersama, maka Perbadanan bolehlah melaburkan wang itu dalam mana-mana Kumpulan Wang Pelaburan Kumpulannya yang dalamnya wang itu boleh dilaburkan dengan sah jika wang itu tidak diarahkan supaya dilaburkan mengikut apa-apa cara tertentu yang lain dan pelaburan dalam sesuatu Kumpulan Wang Pelaburan Kumpulan itu adalah selaras dengan terma surat cara amanah itu (jika ada) atau kuasa lain yang mengawal wang itu. (4) Pelaburan yang dibuat daripada wang yang menjadi sebahagian daripada sesuatu Kumpulan Wang Pelaburan Kumpulan tidaklah boleh dibuat atas akaun atau menjadi kepunyaan mana-mana harta pusaka tertentu.

Read this section in the full act → · Open Division 3 →

Find Act 532 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 September 2010 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next