s 4 Vesting provisions
(1) Subject to this Act, the Minister may, from time to time, by order published in the Gazette, appoint a vesting date and on such date all property, rights and liabilities of the Public Trustee and of the Government of Malaysia in respect of the administration of trusts and estates specified by the Minister in the order shall, by virtue of this Act, be transferred to and vested in the Corporation without any conveyance, assignment or transfer whatsoever.
(2) Every property vested in the Corporation by virtue of subsection (1) shall be so vested in the Corporation for the like title, estate or interest and on the like tenure as the same was vested or held immediately before the vesting date.
(3) Every chose in action vested in the Corporation by virtue of subsection (1) may, after the vesting date, be sued on, recovered or enforced by the Corporation in its own name and it shall not be necessary for the Corporation or the Public Trustee or the Government of Malaysia to give notice to the person bound by the chose in action of the vesting under subsection (1).
(4) Every right and liability vested in the Corporation by virtue of subsection (1) may, on and after the vesting date, be sued on, recovered or enforced by or against the Corporation in its own name and it shall not be necessary for the Corporation or the Public Trustee or the Government of Malaysia to give notice to the person whose right or liability is affected by the vesting under subsection (1).
(5) Any pending legal proceedings by or against the Public Trustee or the Government of Malaysia which relate to any property, right or liability transferred to and vested in the Corporation by virtue of subsection (1) may, on and after the vesting date, be continued by or against the Corporation.
(6) All property in the possession or under the control, wholly or partly, of the Public Trustee by virtue of any trust shall on the vesting date pass on to the Corporation with all the powers, rights, duties, liabilities and obligations attached thereto immediately before the vesting date to the extent that they are not inconsistent with this Act or any rules made under this Act.
(7) Any reference in any order of Court, deed, contract,
instrument or other document whatsoever to the Public Trustee or the Official Administrator shall be construed as a reference to the Corporation and all rights, powers, obligations and duties conferred, imposed on, undertaken or incurred by the Public Trustee or the Official Administrator under or by virtue of any such order of Court, deed, contract, instrument or other document shall be deemed to be conferred or imposed on or undertaken or incurred by the Corporation.
Malay text (authoritative)
Peruntukan peletakhakan
(1) Tertakluk kepada Akta ini, Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan suatu tarikh peletakhakan dan pada tarikh itu segala harta, hak dan liabiliti Pemegang Amanah Raya dan Kerajaan Malaysia berkenaan dengan pentadbiran amanah dan harta pusaka yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, dipindahkan kepada dan terletak hak pada Perbadanan tanpa apa jua pun pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahmilikan.
(2) Tiap-tiap harta yang terletak hak pada Perbadanan menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah terletak hak sedemikian pada Perbadanan dengan hakmilik, harta pusaka atau kepentingan dan pemegangan yang serupa sebagaimana ia terletak hak atau dipegang sebelum sahaja tarikh peletakhakan itu.
(3) Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak pada Perbadanan menurut kuasa subseksyen (1) boleh, selepas tarikh peletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh Perbadanan atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi Perbadanan atau Pemegang Amanah Raya atau Kerajaan Malaysia memberikan notis kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu mengenai peletakhakan di bawah subseksyen (1).
(4) Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletak hak pada Perbadanan menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh atau terhadap Perbadanan atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi Perbadanan atau Pemegang Amanah Raya atau Kerajaan Malaysia memberikan notis kepada orang yang hak atau liabilitinya tersentuh oleh peletakhakan di bawah subseksyen (1).
(5) Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Pemegang Amanah Raya atau Kerajaan Malaysia yang berhubungan dengan apa-apa harta, hak atau liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada Perbadanan menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, diteruskan oleh atau terhadap Perbadanan.
(6) Segala harta dalam milik atau di bawah kawalan Pemegang Amanah Raya, keseluruhannya atau sebahagiannya, menurut kuasa apa-apa amanah hendaklah pada tarikh peletakhakan berpindah kepada Perbadanan dengan segala kuasa, hak, kewajipan, liabiliti dan obligasi yang berhubung kait dengannya sebelum sahaja tarikh peletakhakan setakat yang ia selaras dengan Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawah Akta ini.
(7) Apa-apa sebutan mengenai Pemegang Amanah Raya atau Pegawai Pentadbir Pusaka dalam mana-mana perintah Mahkamah, surat ikatan, kontrak, surat cara atau apa jua pun dokumen lain hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Perbadanan dan segala hak, kuasa, obligasi dan kewajipan yang diberikan, dikenakan, diakujanji atau ditanggung oleh Pemegang Amanah Raya atau Pegawai Pentadbir Pusaka di bawah atau menurut kuasa mana-mana perintah Mahkamah, surat ikatan, kontrak, surat cara atau dokumen lain itu hendaklah disifatkan telah diberikan atau dikenakan atau diakujanji atau ditanggung oleh Perbadanan.
Text as at 1 September 2010 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).