Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 19 The Fund
(1) There is hereby established, for the purposes of this Act, a fund to be administered by the Foundation.
(2) The Fund shall consist of—
(a) such sums as may be provided from time to time for the purposes of this Act by Parliament;
(b) such contributions as may be made by any person including industry groups and corporations;
(c) such fees or other charges as may be paid to the Foundation or the Board; and
(d) all other sums or property which may in any manner become payable to the Foundation or the Board or vested in the Foundation in respect of any matter incidental to its functions and powers.
(3) The Foundation may delegate its function under subsection (1) to—
(a) any committee set up by the Foundation;
(b) the Board; or
(c) any officer of the Board.
(4) Any delegation under subsection (3) shall not prevent the concurrent performance by the Foundation of the Foundation’s function so delegated.
Malay text (authoritative)
Kumpulan Wang
(1) Maka adalah dengan ini ditubuhkan, bagi maksud Akta ini, suatu kumpulan wang yang hendaklah ditadbirkan oleh Yayasan.
(2) Kumpulan Wang ini hendaklah mengandungi—
(a) apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Parlimen dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini;
(b) apa-apa sumbangan yang dibuat oleh mana-mana orang termasuk kumpulan industri dan perbadanan;
(c) fi atau bayaran lain yang dibayar kepada Yayasan atau Lembaga; dan
(d) segala jumlah wang atau harta lain yang dengan apa-apa jua cara menjadi kena dibayar kepada Yayasan atau Lembaga atau terletak
hak pada Yayasan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.
(3) Yayasan boleh mewakilkan fungsinya di bawah subseksyen (1) kepada─
(a) mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Yayasan;
(b) Lembaga; atau
(c) mana-mana pegawai Lembaga.
(4) Apa-apa pewakilan di bawah subseksyen (3) tidaklah menghalang penjalanan serentak oleh Yayasan fungsi Yayasan yang diwakilkan sedemikian.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).