My bookmarksSign up free
← Evidence Act 1950

Evidence Act 1950 s 14

Evidence Act 1950 s 14

s 14 Facts showing existence of state of mind or of body or bodily feeling

Facts showing the existence of any state of mind, such as intention, knowledge, good faith, negligence, rashness, ill-will or goodwill towards any particular person, or showing the existence of any state of body or bodily feeling, are relevant when the existence of any such state of mind or body or bodily feeling is in issue or relevant. Explanation 1—A fact relevant as showing the existence of a relevant state of mind must show that the state of mind exists not generally but in reference to the particular matter in question. Explanation 2—But where upon the trial of a person accused of an offence the previous commission by the accused of an offence is relevant within the meaning of this section, the previous conviction of that person shall also be a relevant fact. ILLUSTRATIONS (a) A is accused of receiving stolen goods, knowing them to be stolen. It is proved that he was in possession of a particular stolen article. The fact that at the same time he was in possession of many other stolen articles is relevant as tending to show that he knew each and all of the articles of which he was in possession to be stolen. (b) A is accused of fraudulently delivering to another person a counterfeit coin, which at the time when he delivered it he knew to be counterfeit. The fact that at the time of its delivery A was possessed of a number of other pieces of counterfeit coin is relevant. The fact that A had been previously convicted of delivering to another person as genuine a counterfeit coin, knowing it to be counterfeit, is relevant. (c) A sues B for damage done by a dog of B’s which B knew to be ferocious. The facts that the dog had previously bitten X, Y and Z, and that they had made complaints to B, are relevant. (d) The question is whether A, the acceptor of a bill of exchange, knew that the name of the payee was fictitious. The fact that A had accepted other bills drawn in the same manner before they could have been transmitted to him by the payee, if the payee had been a real person, is relevant, as showing that A knew that the payee was a fictitious person. (e) A is accused of defaming B by publishing an imputation intended to harm the reputation of B. The fact of previous publications by A respecting B, showing ill-will on the part of A towards B, is relevant, as proving A’s intention to harm B’s reputation by the particular publication in question. The facts that there was no previous quarrel between A and B, and that A repeated the matter complained of as he heard it, are relevant as showing that A did not intend to harm the reputation of B. (f) A is sued by B for fraudulently representing to B that C was solvent, whereby B, being induced to trust C who was insolvent, suffered loss. The fact that at the time when A represented C to be solvent C was supposed to be solvent by his neighbours, and by persons dealing with him, is relevant, as showing that A made the representation in good faith. (g) A is sued by B for the price of work done by B upon a house of which A is owner by the order of C, a contractor. A’s defence is that B’s contract was with C. The fact that A paid C for the work in question is relevant as proving that A did in good faith make over to C the management of the work in question, so that C was in a position to contract with B on C’s own account and not as agent for A. (h) A is accused of the dishonest misappropriation of property which he had found, and the question is whether, when he appropriated it, he believed in good faith that the real owner could not be found. The fact that public notice of the loss of the property had been given in the place where A was is relevant as showing that A did not in good faith believe that the real owner of the property could not be found. The fact that A knew or had reason to believe that the notice was given fraudulently by C, who had heard of the loss of the property and wished to set up a false claim to it, is relevant as showing that the fact that A knew of the notice did not disprove A’s good faith. (i) A is charged with shooting at B with intent to kill him. In order to show A’s intent, the fact of A’s having previously shot at B may be proved. (j) A is charged with sending threatening letters to B. Threatening letters previously sent by A to B may be proved as showing the intention of the letters. (k) The question is whether A has been guilty of cruelty towards B, his wife. Expression of their feelings towards each other shortly before or after the alleged cruelty are relevant facts. (l) The question is whether A’s death was caused by poison. Statements made by A during his illness as to his symptoms are relevant facts. (m) The question is, what was the state of A’s health at the time when an assurance on his life was effected? Statements made by A as to the state of his health at or near the time in question are relevant facts. (n) A sues B for negligence in providing him with a carriage for hire not reasonably fit for use whereby A was injured. The fact that B’s attention was drawn on other occasions to the defect of that particular carriage is relevant. The fact that B was habitually negligent about the carriages which he let to hire is irrelevant. (o) A is tried for the murder of B by intentionally shooting him dead. The fact that A on other occasions shot at B is relevant as showing his intention to shoot B. The fact that A was in the habit of shooting at people with intent to murder them is irrelevant. (p) A is tried for a crime. The fact that he said something indicating an intention to commit that particular crime is relevant. The fact that he said something indicating a general disposition to commit crimes of that class is irrelevant.

Malay text (authoritative)

Fakta yang menunjukkan kewujudan keadaan akal fikiran atau keadaan tubuh atau perasaan tubuh

Fakta yang menunjukkan kewujudan apa-apa keadaan akal fikiran, seperti niat, pengetahuan, kesucian hati, kecuaian, kegopohan, niat jahat atau niat baik terhadap mana-mana orang tertentu, atau yang menunjukkan kewujudan apa-apa keadaan tubuh atau perasaan tubuh, adalah berkaitan apabila kewujudan apa-apa keadaan akal fikiran atau keadaan tubuh atau perasaan tubuh itu menjadi persoalan atau berkaitan. Huraian 1—Sesuatu fakta yang berkaitan sebagai menunjukkan kewujudan suatu keadaan akal fikiran yang berkaitan mestilah menunjukkan bahawa keadaan akal fikiran itu wujud bukan pada amnya tetapi berhubung dengan perkara tertentu yang dipersoalkan. Huraian 2—Tetapi jika dalam perbicaraan seseorang yang dituduh atas suatu kesalahan, suatu kesalahan yang dilakukan dahulu olehnya adalah berkaitan mengikut pengertian seksyen ini, sabitannya yang dahulu itu hendaklah juga menjadi suatu fakta berkaitan. (a) A dituduh menerima barang curi, dengan diketahuinya sebagai barang curi. Dibuktikan bahawa dia memiliki suatu barang curi tertentu. Fakta bahawa pada masa yang sama dia memiliki banyak barang curi lain adalah berkaitan sebagai cenderung menunjukkan bahawa dia mengetahui yang setiap dan semua barang yang dimilikinya itu barang curi. (b) A dituduh menyerahkan secara fraud suatu syiling lancung kepada seorang lain yang pada masa dia menyerahkannya dia tahu ialah syiling lancung. Fakta bahawa pada masa syiling itu diserahkan A memiliki beberapa keping syiling lancung lain adalah berkaitan. Fakta bahawa A dahulunya telah disabitkan kerana menyerahkan kepada seorang lain syiling lancung sebagai syiling tulen dengan diketahuinya sebagai syiling lancung, adalah berkaitan. (c) A membawa guaman terhadap B kerana kerosakan yang dilakukan oleh anjing B yang diketahui B sebagai anjing garang. Fakta bahawa anjing itu dahulunya telah menggigit X, Y dan Z, dan bahawa mereka telah membuat aduan kepada B, adalah berkaitan. (d) Soalnya adalah sama ada A, penerima suatu bil pertukaran, tahu bahawa nama penerima bayaran bil itu ialah nama ada-adaan. Fakta bahawa A telah menerima bil lain yang dikeluarkan mengikut cara yang sama sebelum bil itu dapat dikirimkan kepadanya oleh penerima bayarannya, jika penerima bayaran itu ialah orang sebenar, adalah berkaitan, sebagai menunjukkan bahawa A tahu bahawa penerima bayaran itu ialah orang ada-adaan. (e) A dituduh memfitnahkan B dengan menyiarkan suatu tohmahan yang bertujuan untuk merosakkan reputasi B. Fakta mengenai penyiaran dahulu yang dibuat oleh A berkenaan dengan B, yang menunjukkan niat jahat A terhadap B, adalah berkaitan, sebagai membuktikan niat A hendak merosakkan reputasi B dengan penyiaran yang tertentu itu. Fakta bahawa tiada apa-apa perkelahian telah berlaku dahulunya antara A dengan B, dan bahawa A telah mengulangi perkara yang diadukan itu sebagaimana yang telah didengarinya, adalah berkaitan sebagai menunjukkan bahawa A tidak bertujuan hendak merosakkan reputasi B. (f) A dibawa guaman oleh B kerana membuat representasi secara fraud kepada B bahawa C adalah solven, dan oleh yang demikian B telah menanggung kerugian kerana telah terdorong untuk mempercayai C, yang tidak solven. Fakta bahawa pada masa A membuat representasi bahawa C adalah solven, C disangka solven oleh jirannya, dan oleh orang yang membuat urusan dengannya, adalah berkaitan sebagai menunjukkan bahawa A telah membuat representasi itu dengan suci hati. (g) A dibawa guaman oleh B untuk mendapatkan upah bagi kerja yang telah dibuat olehnya terhadap rumah yang dipunyai oleh A dan kerja itu telah dibuat atas arahan C, seorang kontraktor. Pembelaan A bahawa kontrak B itu adalah dengan C. Fakta bahawa A telah membayar C kerana kerja itu adalah berkaitan sebagai membuktikan bahawa A dengan suci hati telah menyerahkan pengurusan kerja itu kepada C dan dengan demikian supaya C boleh membuat kontrak dengan B bagi pihak C sendiri dan bukan sebagai ejen A. (h) A dituduh dengan curang melesapkan harta yang telah dijumpainya, dan soalnya adalah sama ada apabila dia melesapkan harta itu, dia percaya dengan suci hati bahawa pemunya sebenarnya tidak dapat dijumpai. Fakta bahawa notis awam tentang kehilangan harta itu telah diberikan di tempat A berada adalah berkaitan sebagai menunjukkan bahawa A tidak dengan suci hati mempercayai bahawa pemunya sebenar harta itu tidak dapat ditemui. Fakta bahawa A mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa notis awam itu telah diberikan secara fraud oleh C, yang telah mendengar kehilangan harta itu dan hendak membuat tuntutan palsu mengenainya, adalah berkaitan sebagai menunjukkan bahawa fakta yang A mengetahui tentang notis itu tidaklah membuktikan sebaliknya tentang suci hati A. (i) A dipertuduh menembak ke arah B dengan niat hendak membunuhnya. Untuk menunjukkan niat A, fakta bahawa dahulunya A telah menembak ke arah B boleh dibuktikan. (j) A dipertuduh menghantar surat ancaman kepada B. Surat ancaman yang dihantar dahulunya oleh A kepada B boleh dibuktikan sebagai menunjukkan niat surat itu. (k) Soalnya adalah sama ada A didapati bersalah kerana melakukan penganiayaan terhadap isterinya, B. Pencurahan perasaan mereka terhadap satu sama lain sejurus sebelum atau selepas penganiayaan yang dikatakan itu, ialah fakta berkaitan. (l) Soalnya adalah sama ada kematian A telah disebabkan oleh racun. Pernyataan yang dibuat oleh A semasa dia sakit tentang gejala penyakitnya ialah fakta berkaitan. (m) Soalnya, apakah keadaan kesihatan A pada masa apabila jaminan tentang nyawanya diambil? Pernyataan yang dibuat oleh A tentang keadaan kesihatannya pada atau hampir dengan masa itu ialah fakta berkaitan. (n) A membawa guaman terhadap B atas kecuaiannya mengadakan pengangkut untuk disewa yang tidak semunasabahnya patut digunakan untuk A dan oleh hal yang demikian A telah cedera. Fakta bahawa B telah diberitahu pada masa lain tentang kecacatan pengangkut itu adalah berkaitan. Fakta bahawa B lazimnya cuai mengenai pengangkut yang disewakannya adalah tidak berkaitan. (o) A dibicarakan kerana membunuh B dengan menembaknya dengan sengaja sehingga mati. Fakta bahawa A pada masa lain telah menembak ke arah B adalah berkaitan sebagai menunjukkan niatnya hendak menembak B. Fakta bahawa telah menjadi kelaziman A menembak ke arah orang dengan niat hendak membunuhnya adalah tidak berkaitan. (p) A dibicarakan kerana melakukan suatu jenayah. Fakta bahawa dia mengatakan sesuatu yang menunjukkan niat hendak melakukan jenayah tertentu itu adalah berkaitan. Fakta bahawa dia mengatakan sesuatu yang menunjukkan kecenderungan am hendak melakukan jenayah jenis itu adalah tidak berkaitan.

Read this section in the full act → · Open Chapter II →

Find Act 56 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 May 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next