My bookmarksSign up free
← Evidence Act 1950

Evidence Act 1950 s 15

Evidence Act 1950 s 15

s 15 Facts bearing on question whether act was accidental or intentional

When there is a question whether an act was accidental or intentional or done with a particular knowledge or intention, the fact that the act formed part of series of similar occurrences, in each of which the person doing the act was concerned, is relevant. ILLUSTRATIONS (a) A is accused of burning down his house in order to obtain money for which it is insured. The facts that A lived in several houses successively, each of which he insured, in each of which a fire occurred, and after each of which fires A received payment from a different insurance office, are relevant as tending to show that the fire was not accidental. (b) A is employed to receive money from the debtors of B. It is A’s duty to make entries in a book showing the amounts received by him. He makes an entry showing that on a particular occasion he received less than he really did receive. The question is whether this false entry was accidental or intentional. The facts that other entries made by A in the same book are false, and that the false entry is in each case in favour of A are relevant. (c) A is accused of fraudulently delivering to B a counterfeit ringgit. The question is whether the delivery of the ringgit was accidental. The facts that soon before or soon after the delivery to B, A delivered counterfeit ringgit to C, D and E are relevant as showing that the delivery to B was not accidental.

Malay text (authoritative)

Fakta berkenaan dengan soal sama ada perbuatan dilakukan dengan tidak sengaja atau dengan sengaja

Apabila terdapat soal sama ada sesuatu perbuatan telah dilakukan dengan tidak sengaja atau dengan sengaja atau dilakukan dengan pengetahuan atau niat tertentu, fakta bahawa perbuatan itu membentuk sebahagian daripada siri kejadian yang serupa, yang dalam setiap siri kejadian itu orang yang melakukan perbuatan terlibat, adalah berkaitan. (a) A dituduh membakar rumahnya dengan tujuan hendak mendapatkan wang yang baginya rumah itu diinsuranskan. Fakta bahawa A telah tinggal di beberapa buah rumah secara berturut-turut, dan setiap rumah itu diinsuranskannya, dan dalam setiap rumah itu kebakaran telah berlaku, dan selepas setiap kebakaran A telah menerima bayaran daripada pejabat insurans yang berlainan, adalah berkaitan sebagai cenderung menunjukkan bahawa kebakaran itu bukan tidak sengaja. (b) A telah diambil kerja untuk menerima wang daripada penghutang B. Menjadi kewajipan A untuk membuat catatan dalam suatu buku yang menunjukkan amaun wang yang diterimanya. Dia membuat suatu catatan yang menunjukkan bahawa pada suatu masa tertentu dia telah menerima kurang daripada yang sebenar diterimanya. Soalnya adalah sama ada catatan palsu ini dibuat dengan tidak sengaja atau sengaja. Fakta bahawa catatan lain yang dibuat oleh A dalam buku yang sama adalah palsu dan bahawa setiap catatan palsu itu adalah untuk faedah A, adalah berkaitan. (c) A dituduh menyerahkan secara fraud suatu ringgit lancung kepada B. Soalnya adalah sama ada penyerahan ringgit itu telah dibuat dengan tidak sengaja. Fakta bahawa sejurus sebelum atau selepas penyerahan kepada B, A menyerahkan ringgit lancung kepada C, D dan E adalah berkaitan sebagai menunjukkan bahawa penyerahan kepada B itu bukan tidak sengaja.

Read this section in the full act → · Open Chapter II →

Find Act 56 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 May 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next