My bookmarksSign up free
← Evidence Act 1950

Evidence Act 1950 s 41

Evidence Act 1950 s 41

s 41 Relevancy of certain judgments in probate, etc., jurisdiction

(1) A final judgment, order or decree of a court, in the exercise of probate, matrimonial, admiralty or bankruptcy jurisdiction, which confers upon or takes away from any person any legal character, or which declares any person to be entitled to any such character, or to be entitled to any specific thing, not as against any specified person but absolutely, is relevant when the existence of any such legal character or the title of any such person to any such thing is relevant. (2) Such judgment, order or decree is conclusive proof— (a) that any legal character which it confers accrued at the time when the judgment, order or decree came into operation; (b) that any legal character to which it declares any such person to be entitled accrued to that person at the time when the judgment, order or decree declares it to have accrued to that person; (c) that any legal character which it takes away from any such person ceased at the time from which the judgment, order or decree declared that it had ceased or should cease; and (d) that anything to which it declares any person to be so entitled was the property of that person at the time from which the judgment, order or decree declares that it had been or should be his property.

Malay text (authoritative)

Keberkaitan penghakiman tertentu dalam bidang kuasa probet, dsb.

(1) Sesuatu penghakiman, perintah atau dekri muktamad yang dibuat oleh mahkamah pada menjalankan bidang kuasa probet, hal ehwal suami isteri, admiralti atau kebankrapan, yang memberikan kepada atau melucutkan daripada mana-mana orang apa-apa sifat di sisi undang-undang, atau yang menetapkan mana-mana orang menjadi berhak kepada mana-mana sifat itu, atau berhak kepada apa-apa benda tertentu, bukan terhadap mana-mana orang tertentu tetapi dengan mutlaknya, adalah berkaitan apabila kewujudan apa-apa sifat di sisi undang-undang itu atau kewujudan hakmilik mana-mana orang sedemikian terhadap apa-apa benda sedemikian adalah berkaitan. (2) Penghakiman, perintah atau dekri sedemikian ialah bukti konklusif— (a) bahawa apa-apa sifat di sisi undang-undang yang diberikan olehnya terakru pada masa penghakiman, perintah atau dekri itu mula berjalan kuat kuasa; (b) bahawa apa-apa sifat di sisi undang-undang yang kepadanya mana-mana orang sedemikian ditetapkan olehnya menjadi berhak terakru kepada orang itu pada masa ia ditetapkan oleh penghakiman, perintah atau dekri itu sebagai terakru kepada orang itu; (c) bahawa apa-apa sifat di sisi undang-undang yang dilucutkan olehnya daripada mana-mana orang sedemikian terhenti dari masa ia ditetapkan oleh penghakiman, perintah atau dekri itu sebagai telah atau patut terhenti; dan (d) bahawa apa-apa jua yang kepadanya mana-mana orang ditetapkan olehnya sebagai berhak sedemikian ialah harta orang itu dari masa ia ditetapkan oleh penghakiman, perintah atau dekri itu sebagai telah atau patut menjadi harta orang itu.

Read this section in the full act → · Open Chapter II →

Find Act 56 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 May 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next