Evidence Act 1950 s 6
s 6 Relevancy of facts forming part of same transaction
Facts which, though not in issue, are so connected with a fact in issue as to form part of the same transaction are relevant, whether they occurred at the same time and place or at different times and places.
ILLUSTRATIONS
(a) A is accused of the murder of B by beating him. Whatever was said or done by A or B or the bystanders at the beating or so shortly before or after it as to form part of the transaction is a relevant fact.
(b) A is accused of waging war against the Yang di-Pertuan Agong by taking part in an armed insurrection in which property is destroyed, troops are attacked and gaols are broken open. The occurrence of these facts is relevant as forming part of the general transaction, though A may not have been present at all of them.
(c) A sues B for a libel contained in a letter forming part of a correspondence. Letters between the parties relating to the subject out of which the libel arose and forming part of the correspondence in which it is contained are relevant facts though they do not contain the libel itself.
(d) The question is whether certain goods ordered from B were delivered to A. The goods were delivered to several intermediate persons successively. Each delivery is a relevant fact.
Malay text (authoritative)
Keberkaitan fakta yang menjadi sebahagian daripada transaksi yang sama
Fakta yang, walaupun tidak menjadi persoalan, sebegitu berkaitan dengan suatu fakta persoalan sehingga menjadi sebahagian daripada transaksi yang sama adalah berkaitan, sama ada fakta itu berlaku pada masa dan di tempat yang sama atau pada masa dan di tempat yang berlainan.
(a) A dituduh membunuh B dengan memukulnya. Apa-apa jua yang telah dikatakan atau dilakukan oleh A atau B atau oleh orang yang berada di situ pada masa B dipukul atau sejurus sebelum atau selepasnya sehingga menjadi sebahagian daripada transaksi itu ialah suatu fakta berkaitan.
(b) A dituduh melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong dengan mengambil bahagian dalam suatu pemberontakan bersenjata yang dalamnya harta dibinasakan, askar diserang dan penjara dipecah buka. Berlakunya fakta ini adalah berkaitan sebagai menjadi sebahagian daripada keseluruhan transaksi itu, walaupun A mungkin tidak berada dalam semua kejadian itu.
(c) A membawa guaman terhadap B kerana suatu libel yang terkandung dalam sepucuk surat yang menjadi sebahagian daripada surat-menyurat. Surat antara pihak itu berhubung dengan perkara yang daripadanya libel itu timbul dan yang menjadi sebahagian daripada surat-menyurat yang mengandungi libel itu ialah fakta berkaitan walaupun surat itu sendiri tidak mengandungi libel itu.
(d) Soalnya adalah sama ada barang-barang tertentu yang dipesan daripada B telah dihantar serah kepada A. Barang-barang itu telah dihantarserahkan kepada beberapa orang perantaraan secara berturut-turut. Setiap penghantarserahan itu ialah fakta berkaitan.
Read this section in the full act → · Open Chapter II →
Find Act 56 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 May 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).