My bookmarksSign up free
← Evidence Act 1950

Evidence Act 1950 s 91

Evidence Act 1950 s 91

s 91 Evidence of terms of contracts, grants and other dispositions of property reduced to form of document

When the terms of a contract or of a grant or of any other disposition of property have been reduced by or by consent of the parties to the form of a document, and in all cases in which any matter is required by law to be reduced to the form of a document, no evidence shall be given in proof of the terms of the contract, grant or other disposition of property or of the matter except the document itself, or secondary evidence of its contents in cases in which secondary evidence is admissible under the provisions hereinbefore contained. Exception 1β€”When a public officer is required by law to be appointed in writing, and when it is shown that any particular person has acted as such officer, the writing by which he is appointed need not be proved. Exception 2β€”Wills admitted to probate in Malaysia may be proved by the probate. Explanation 1β€”This section applies equally to cases in which the contracts, grants or dispositions of property referred to are contained in one document and to cases in which they are contained in more documents than one. Explanation 2β€”Where there are more originals than one, one original only need be proved. Explanation 3β€”The statement in any document whatever of a fact, other than the facts referred to in this section, shall not preclude the admission of oral evidence as to the same fact. ILLUSTRATIONS (a) If a contract is contained in several letters, all the letters in which it is contained must be proved. (b) If a contract is contained in a bill of exchange, the bill of exchange must be proved. (c) If a bill of exchange is drawn in a set of three, one only need be proved. (d) A contracts in writing with B for the delivery of pepper upon certain terms. The contract mentions the fact that B had paid A the price of other pepper contracted for verbally on another occasion. Oral evidence is offered that no payment was made for the other pepper. The evidence is admissible. (e) A gives B a receipt for money paid by B. Oral evidence is offered of the payment. The evidence is admissible.

Malay text (authoritative)

Keterangan mengenai terma kontrak, pemberian dan pelupusan lain harta yang diubah ke dalam bentuk dokumen

Apabila terma sesuatu kontrak atau sesuatu pemberian atau apa-apa pelupusan lain harta telah diubah oleh atau dengan persetujuan pihak-pihak ke dalam bentuk dokumen, dan dalam segala hal yang dalamnya apa-apa perkara dikehendaki oleh undang-undang supaya diubah ke dalam bentuk dokumen, tiada keterangan boleh diberikan bagi membuktikan terma kontrak, pemberian atau pelupusan lain harta atau bagi membuktikan perkara itu, kecuali dokumen itu sendiri, atau keterangan sekunder mengenai kandungannya dalam hal yang dalamnya keterangan sekunder boleh diterima di bawah peruntukan yang terkandung terdahulu daripada ini. Kecualian 1β€”Apabila seseorang pegawai awam dikehendaki oleh undang-undang supaya dilantik secara bertulis, dan apabila dibuktikan bahawa mana-mana orang tertentu telah bertindak sebagai pegawai itu, surat yang melantiknya itu tidaklah perlu dibuktikan. Kecualian 2β€”Wasiat yang telah diterima untuk probet di Malaysia boleh dibuktikan dengan probet itu. Huraian 1β€”Seksyen ini sama-sama terpakai bagi hal yang dalamnya kontrak, pemberian atau pelupusan harta yang disebut itu terkandung dalam satu dokumen dan bagi hal yang dalamnya ia terkandung dalam lebih daripada satu dokumen. Huraian 2β€”Jika terdapat lebih daripada satu dokumen asal, hanya satu dokumen asal sahaja perlu dibuktikan. Huraian 3β€”Pernyataan dalam apa jua pun dokumen mengenai sesuatu fakta, selain fakta yang disebut dalam seksyen ini, tidak boleh menghalang penerimaan keterangan lisan tentang fakta yang sama. (a) Jika sesuatu kontrak terkandung dalam beberapa surat, semua surat yang mengandungi kontrak itu mestilah dibuktikan. (b) Jika sesuatu kontrak terkandung dalam suatu bil pertukaran, bil pertukaran itu mestilah dibuktikan. (c) Jika sesuatu bil pertukaran dibuat dalam tiga salinan, hanya satu salinan sahaja perlu dibuktikan. (d) A membuat kontrak secara bertulis dengan B untuk menyerahkan lada hitam atas terma tertentu. Kontrak itu menyebut fakta bahawa B telah membayar kepada A harga lada hitam yang lain yang telah dikontrakkan secara lisan pada suatu masa yang lain. Keterangan lisan diberikan bahawa tiada pembayaran telah dibuat bagi lada hitam yang lain itu. Keterangan itu bolehlah diterima. (e) A memberi B suatu resit bagi wang yang telah dibayar oleh B. Keterangan lisan diberikan mengenai bayaran itu. Keterangan itu bolehlah diterima.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Chapter VI β†’

Find Act 56 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 May 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next