s 92 Exclusion of evidence of oral agreement
When the terms of any such contract, grant or other disposition of property, or any matter required by law to be reduced to the form of a document, have been proved according to section 91, no evidence of any oral agreement or statement shall be admitted as between the parties to any such instrument or their representatives in interest for the purpose of contradicting, varying, adding to, or subtracting from its terms:
Provided that—
(a) any fact may be proved which would invalidate any document or which would entitle any person to any decree or order relating thereto, such as fraud, intimidation, illegality, want of due execution, want of capacity in any contracting party, the fact that it is wrongly dated, want or failure of consideration, or mistake in fact or law;
(b) the existence of any separate oral agreement, as to any matter on which a document is silent and which is not inconsistent with its terms, may be proved, and in considering whether or not this proviso applies, the court shall have regard to the degree of formality of the document;
(c) the existence of any separate oral agreement constituting a condition precedent to the attaching of any obligation
under any such contract, grant or disposition of property, may be proved;
(d) the existence of any distinct subsequent oral agreement, to rescind or modify any such contract, grant or disposition of property, may be proved except in cases in which the contract, grant or disposition of property is by law required to be in writing, or has been registered according to the law in force for the time being as to the registration of documents;
(e) any usage or custom by which incidents not expressly mentioned in any contract are usually annexed to contracts of that description may be proved if the annexing of any such incident would not be repugnant to or inconsistent with the express terms of the contract; and
(f) any fact may be proved which shows in what manner the language of a document is related to existing facts.
ILLUSTRATIONS
(a) A policy of insurance is effected on goods “in ships from Penang to London.” The goods are shipped in a particular ship, which is lost. The fact that that particular ship was orally excepted from the policy cannot be proved.
(b) A agrees absolutely in writing to pay B RM1,000 on 1 March 1893. The fact that at the same time an oral agreement was made that the money should not be paid till 31 March cannot be proved.
(c) An estate called “the Kranji Tea Estate” is sold by a document which contains a map of the property sold. The fact that land not included in the map had always been regarded as part of the estate and was meant to pass by the document cannot be proved.
(d) A enters into a written contract with B to work certain mines, the property of B, upon certain terms. A was induced to do so by a misrepresentation of B as to their value. This fact may be proved.
(e) A institutes a suit against B for the specific performance of a contract, and also prays that the contract may be reformed as to one of its provisions on the
ground that that provision was inserted in it by mistake. A may prove that such a mistake was made as would by law entitle him to have the contract reformed.
(f) A orders goods of B by a letter in which nothing is said as to the time of payment, and accepts the goods on delivery. B sues A for the price. A may show that the goods were supplied on credit for a term still unexpired.
(g) A sells B a horse and verbally warrants him sound. A gives B a paper in these words: “Bought of A a horse for RM300.” B may prove the verbal warranty.
(h) A hires lodgings of B and gives B a card on which is written: “Rooms RM80 a month.” A may prove a verbal agreement that these terms were to include partial board.
A hires lodgings of B for a year, and a regularly stamped agreement drawn up by an attorney is made between them. It is silent on the subject of board. A may not prove that board was included in the terms verbally.
(i) A applies to B for a debt due to A by sending a receipt for the money. B keeps the receipt and does not send the money. In a suit for the amount A may prove this.
(j) A and B make a contract in writing to take effect upon the happening of a certain contingency. The writing is left with B, who sues A upon it. A may show the circumstances under which it was delivered.
Malay text (authoritative)
Penyingkiran keterangan mengenai perjanjian lisan
Apabila terma mana-mana kontrak, pemberian atau pelupusan lain harta, atau apabila apa-apa perkara yang dikehendaki oleh undang-undang supaya diubah ke dalam bentuk dokumen, telah dibuktikan mengikut seksyen 91, tiada keterangan mengenai apa-apa perjanjian atau pernyataan lisan boleh diterima antara pihak kepada mana-mana surat cara itu atau wakilnya dari segi kepentingan bagi maksud menyangkal, mengubah, menambah atau mengurangkan termanya:
Dengan syarat bahawa—
(a) apa-apa fakta yang akan menidaksahkan apa-apa dokumen atau yang akan memberi hak kepada mana-mana orang mendapat apa-apa dekri atau perintah yang berhubungan dengannya boleh dibuktikan, seperti fraud, intimidasi, kepenyalahan undang-undang, ketiadaan penyempurnaan wajar, ketiadaan keupayaan mana-mana pihak pejanji, fakta bahawa ia tersalah tarikh, ketiadaan atau kemungkiran balasan, atau kesilapan fakta atau undang-undang;
(b) kewujudan mana-mana perjanjian lisan yang berasingan tentang apa-apa perkara yang tidak disebut dalam sesuatu dokumen dan yang tidak selaras dengan termanya, boleh dibuktikan, dan dalam meniimbangkan sama ada proviso ini terpakai atau tidak, mahkamah hendaklah memberi perhatian terhadap tahap formaliti dokumen itu;
(c) kewujudan mana-mana perjanjian lisan yang berasingan yang menjadi syarat duluan bagi pengenaan apa-apa obligasi di bawah mana-mana kontrak, pemberian atau pelupusan harta itu boleh dibuktikan;
(d) kewujudan mana-mana perjanjian lisan kemudian yang berlainan, bagi membatalkan atau mengubahsuaikan mana-mana kontrak, pemberian atau pelupusan harta itu, boleh dibuktikan kecuali dalam hal yang dalamnya kontrak, pemberian atau pelupusan harta itu dikehendaki oleh undang-undang supaya dibuat secara bertulis, atau telah didaftarkan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa pada masa ini tentang pendaftaran dokumen;
(e) apa-apa kelaziman atau adat yang menurutnya insiden yang tidak disebut secara nyata dalam mana-mana kontrak biasanya ditambah kepada kontrak daripada perihalan itu boleh dibuktikan jika penambahan mana-mana insiden itu tidak akan menjadi tidak bersesuaian atau tidak selaras dengan terma nyata kontrak itu; dan
(f) apa-apa fakta yang menunjukkan cara bagaimana bahasa sesuatu dokumen itu berhubung dengan fakta yang sedia ada boleh dibuktikan.
(a) Suatu polisi insurans telah diambil bagi barang-barang “dalam kapal dari Pulau Pinang ke London”. Barang-barang itu dibawa dalam suatu kapal tertentu dan kapal itu tenggelam. Fakta bahawa kapal tertentu itu telah dikecualikan secara lisan daripada polisi itu tidak boleh dibuktikan.
(b) A bersetuju dengan mutlaknya secara bertulis hendak membayar RM1,000 kepada B pada 1 Mac 1893. Fakta bahawa pada masa yang sama suatu perjanjian lisan telah dibuat bahawa wang itu tidak perlu dibayar sehingga 31 Mac tidak boleh dibuktikan.
(c) Suatu estet yang dipanggil “Ladang Teh Kranji” telah dijual menurut suatu dokumen yang mengandungi peta ladang yang dijual itu. Fakta bahawa tanah yang tidak termasuk dalam peta itu telah sentiasanya dianggap sebagai sebahagian daripada estet itu dan telah dimaksudkan supaya berpindah hakmilik menurut dokumen itu tidak boleh dibuktikan.
(d) A membuat kontrak bertulis dengan B untuk mengusahakan lombong tertentu kepunyaan B, atas terma tertentu. A telah didorong berbuat demikian oleh suatu salahnyataan oleh B tentang nilai lombong itu. Fakta ini boleh dibuktikan.
(e) A memulakan suatu guaman terhadap B untuk pelaksanaan spesifik suatu kontrak, dan juga meminta supaya kontrak itu dibentuk semula tentang salah satu peruntukannya atas alasan bahawa peruntukan itu telah dimasukkan dengan tersilap. A boleh membuktikan bahawa kesilapan itu telah dibuat yang akan memberinya hak di sisi undang-undang untuk mendapatkan kontrak itu dibentuk semula.
(f) A memesan barang-barang daripada B melalui surat tanpa apa-apa jua disebut tentang tempoh pembayarannya, dan menerima barang-barang itu apabila diserahkan. B membawa guaman terhadap A untuk mendapatkan bayaran bagi harga barang-barang itu. A boleh membuktikan bahawa barangbarang itu telah dibekalkan secara kredit bagi suatu tempoh yang masih belum tamat.
(g) A menjual seekor kuda kepada B dan memberikannya waranti lisan bahawa kuda itu tidak cacat. A memberi B kertas yang mengandungi perkataan ini: “Telah dibeli daripada A seekor kuda dengan harga RM300.” B boleh membuktikan waranti lisan itu.
(h) A menyewa lojing daripada B dan memberikan kepada B suatu kad yang bertulis: “Bilik RM80 sebulan.” A boleh membuktikan suatu perjanjian lisan bahawa terma ini termasuklah penyediaan sebahagian daripada makanan.
A menyewa lojing daripada B selama satu tahun, dan suatu perjanjian yang bersetem mengikut aturan yang telah dibuat oleh seorang peguam dibuat antara mereka. Perjanjian itu tidak menyebut apa-apa mengenai makanan. A tidak boleh membuktikan bahawa makanan telah dimasukkan ke dalam syarat-syarat itu secara lisan.
(i) A meminta B supaya membayar hutang yang kena dibayar kepada A dengan mengirimkan resit bagi wang itu. B menyimpan resit itu dan tidak menghantarkan wang itu. Dalam guaman untuk mendapatkan amaun itu A boleh membuktikan perkara ini.
(j) A dan B membuat suatu kontrak secara bertulis yang akan berkuat kuasa apabila berlakunya kontingensi tertentu. Surat kontrak itu ditinggalkan dengan B, dan B membawa guaman terhadap A berasaskannya. A boleh menunjukkan hal keadaan yang dalamnya surat kontrak itu telah diserahkan.
Text as at 1 May 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).