My bookmarksSign up free
← Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997

Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997 s 128

Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997 s 128

s 128 Youthful offenders

(1) When any youthful offender is convicted before any Court of any offence punishable by fine or imprisonment, such Court shall instead of awarding any term of imprisonment in default of payment of the fine or passing a sentence of imprisonment— (a) order such offender to be discharged after due admonition if the Court shall think fit; or (b) order such offender to be delivered to his parent or to his guardian or nearest adult relative or to such other person, as the Court shall designate, on such parent, guardian, relative or other person executing a bond with a surety, as the Court may require, that he will be responsible for the good behaviour of the offender for any period not exceeding twelve months or, without requiring any person to enter into any bond, make an order in respect of such offender ordering him to be of good behaviour for any period not exceeding two years and containing any directions to such offender in the nature of the condition referred to in paragraphs 130(a), (b) and (c) which the Court shall think fit to give. (2) The Court before which a youthful offender is convicted may, in addition to or instead of punishing such offender in the manner provided in this section, inflict on his parent or guardian a fine not exceeding two hundred ringgit in any case in which such Court, after summary inquiry, is satisfied that such parent or guardian has, by neglecting to take proper care or otherwise, conduced to the misconduct of such offender: Provided that no parent or guardian shall be fined without his having had an opportunity of being heard and, if he desires it, of adducing evidence in his defence.

Malay text (authoritative)

Pesalah muda

(1) Apabila mana-mana pesalah muda disabitkan di hadapan mana-mana Mahkamah atas apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman denda atau pemenjaraan, Mahkamah itu hendaklah, sebagai ganti apa-apa tempoh pemenjaraan kerana keingkaran membayar denda atau hukuman pemenjaraan— (a) memerintahkan pesalah itu dilepaskan selepas teguran wajar diberikan jika difikirkan patut oleh Mahkamah; atau (b) memerintahkan pesalah itu diserahkan kepada ibu atau bapa atau penjaganya atau saudara dewasanya yang terdekat atau kepada mana-mana orang lain, sebagaimana yang ditetapkan oleh Mahkamah, apabila ibu atau bapa, penjaga, waris atau orang lain itu menyempurnakan bon dengan penjamin, sebagaimana yang dikehendaki oleh Mahkamah, bahawa dia akan bertanggungjawab bagi kelakuan baik pesalah itu selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi dua belas bulan atau, tanpa menghendaki mana-mana orang mengikat apa-apa bon, membuat suatu perintah berkenaan dengan pesalah itu yang memerintahnya supaya berkelakuan baik selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi dua tahun dan mengandungi apa-apa arahan kepada pesalah itu mengikut jenis syarat-syarat yang disebut dalam perenggan 130 (a), (b) dan (c) yang difikirkan oleh Mahkamah itu patut diberikan. (2) Mahkamah yang di hadapannya seorang pesalah muda disabitkan boleh, sebagai tambahan atau sebagai ganti menghukum pesalah itu mengikut cara yang diperuntukkan dalam seksyen ini, mengenakan ke atas ibu atau bapa atau penjaganya denda yang tidak melebihi dua ratus ringgit dalam mana-mana kes yang Mahkamah itu, selepas siasatan ringkas, berpuas hati bahawa ibu atau bapa atau penjaga itu telah, dengan sebab mereka cuai dalam menjaganya dengan sepatutnya atau selainnya, menyumbang kepada salah laku pesalah itu: Dengan syarat bahawa tiada ibu atau bapa atau penjaga boleh didenda tanpa dia diberi peluang untuk didengar dan, jika dia berhasrat demikian, mengemukakan keterangan untuk membela dirinya.

Read this section in the full act → · Open Chapter 8 →

Find Act 560 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next