Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997 s 129
s 129 First offenders
(1) When any person not being a youthful offender has been convicted of any offence punishable with imprisonment before any Court, if it appears to such Court that regard being had to the character, antecedents, age, health or mental condition of the offender or to the trivial nature of the offence or to any extenuating circumstances under which the offence was committed it is expedient that the offender be released on probation of good conduct, the Court may, instead of sentencing him at once to any punishment, direct that he be released on his entering into a bond with sureties and during such period as the Court may direct to appear and receive judgment if and when called upon and in the meantime be of good behaviour.
(2) If a Court having power to deal with the offender in respect of his original offence is satisfied that the offender has failed to observe any of the conditions of his bond, it may issue a warrant for his apprehension.
(3) Any offender when apprehended on any such warrant shall, if not forthwith brought before the Court having power to sentence him, be brought before a Judge, and such Judge may either remand him by warrant until the time at which he is required by his bond to appear for judgment or until the sitting of a Court having power to deal with his original offence, or may admit him to bail with a sufficient surety conditioned on his appearing for judgment.
(4) The offender, when so remanded, may be committed to prison and the warrant of remand shall order that he be brought before the Court before which he was bound to appear for judgment or to answer as to his conduct since his release.
Malay text (authoritative)
Pesalah kali pertama
(1) Apabila mana-mana orang yang bukan seorang pesalah muda telah disabitkan di hadapan mana-mana Mahkamah atas apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan, maka jika didapati oleh Mahkamah itu bahawa dengan mengambil kira watak, latar belakang, umur, kesihatan atau keadaan mental pesalah itu atau kepada hakikat ringannya jenis kesalahan itu atau kepada apa-apa hal keadaan peringan yang dalamnya kesalahan itu telah dilakukan adalah suai manfaat bahawa pesalah itu dilepaskan dalam cubaan akhlak untuk berkelakuan baik, Mahkamah boleh, dengan tidak menghukumnya serta-merta dengan apa-apa hukuman, mengarahkan supaya pesalah itu dilepaskan apabila dia mengikat bon dengan penjamin-penjamin dan sepanjang apa-apa tempoh sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah untuk hadir dan menerima penghakiman jika dan apabila dipanggil dan sementara itu hendaklah berkelakuan baik.
(2) Jika Mahkamah yang mempunyai kuasa untuk memperlakukan pesalah itu berkenaan dengan kesalahan asalnya berpuas hati bahawa pesalah itu telah tidak mematuhi mana-mana syarat bonnya, ia bolehlah mengeluarkan suatu waran bagi pemberkasannya.
(3) Mana-mana pesalah apabila diberkas dengan mana-mana waran sedemikian hendaklah, jika tidak dibawa dengan serta-merta ke hadapan Mahkamah yang mempunyai kuasa untuk menghukumnya, dibawa ke hadapan seorang Hakim, dan Hakim itu boleh sama ada menahannya melalui waran sehingga masa dia dikehendaki oleh bonnya untuk hadir bagi penghakiman atau
sehingga bersidangnya Mahkamah yang mempunyai kuasa untuk menguruskan kesalahan asalnya, atau boleh membenarkan dia mengikat jamin dengan penjamin yang mencukupi dengan syarat dia hadir bagi penghakiman.
(4) Pesalah itu, apabila ditahan sedemikian, boleh dipenjarakan dan waran tahanannya hendaklah memerintahkan supaya dia dibawa ke hadapan Mahkamah yang di hadapannya dia terikat untuk hadir bagi penghakiman atau untuk memberikan jawapan tentang kelakuannya sejak dia dilepaskan.
Read this section in the full act → · Open Chapter 8 →
Find Act 560 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).