Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997 s 130
Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997 s 130
s 130 Conditions of bonds
When any person is required by any Court to execute a bond with sureties, and in such bond the person executing it binds himself to keep the peace or binds himself to be of good behaviour, the Court may require that there be included in such bond one or more of the following conditions, namely:
(a) a condition that such person shall remain under the supervision of some other person named in the bond during such period as may be therein specified;
(b) such conditions for securing such supervision as the Court may think it desirable to impose;
(c) such conditions with respect to residence, employment, associations, abstention from intoxicating liquors or drugs or with respect to any other matter as the Court may think it desirable to impose.
Malay text (authoritative)
Syarat bon
Apabila mana-mana orang dikehendaki oleh mana-mana Mahkamah supaya menyempurnakan suatu bon dengan penjamin-penjamin, dan dalam bon itu orang yang menyempurnakannya mengikat dirinya untuk menjaga keamanan atau mengikat dirinya untuk berkelakuan baik, Mahkamah boleh menghendaki supaya dimasukkan dalam bon itu satu daripada syarat-syarat yang berikut atau lebih, iaitu—
(a) suatu syarat bahawa orang itu hendaklah berada di bawah pengawasan seseorang lain yang dinamakan dalam bon itu selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalamnya;
(b) apa-apa syarat bagi memastikan apa-apa pengawasan yang difikirkan oleh Mahkamah patut dikenakan;
(c) apa-apa syarat mengenai tempat kediaman, pekerjaan, pergaulan, penjauhan daripada minuman keras atau dadah atau mengenai apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Mahkamah patut dikenakan.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).