Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997 s 221
Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997 s 221
s 221 Provisions as to compensation
Subject to this Act, where any person is under this Act, for any reason, ordered to pay compensation, the Court making such order may in its discretion do all or any of the following things, namely—
(a) allow time for the payment of the compensation;
(b) direct payment of the compensation to be made by instalments;
(c) direct that such person be searched and that any money found on him when so searched or which, in the event of his being committed to prison, may be found on him when taken to prison, shall be applied towards the payment of the compensation and the surplus, if any, being returned to him, but such money shall not be so applied if the Court is satisfied that the money does not belong to that person.
Malay text (authoritative)
Peruntukan tentang pampasan
Tertakluk kepada Akta ini, jika mana-mana orang di bawah Akta ini, kerana apa-apa sebab, diperintahkan membayar pampasan, Mahkamah yang membuat perintah itu boleh menurut budi bicaranya membuat semua atau mana-mana perkara berikut, iaitu—
(a) membenarkan masa bagi pembayaran pampasan itu;
(b) mengarahkan pembayaran pampasan itu dibuat secara ansuran;
(c) mengarahkan supaya orang itu diperiksa dan supaya apa-apa wang yang didapati padanya apabila diperiksa sedemikian atau yang, sekiranya dia dipenjarakan, boleh didapati padanya apabila dibawa ke penjara, hendaklah digunakan bagi pembayaran pampasan itu dan lebihannya, jika ada, dipulangkan kepadanya, tetapi wang itu tidak boleh digunakan sedemikian jika Mahkamah berpuas hati bahawa wang itu bukan kepunyaan orang itu.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).