My bookmarksSign up free
← Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997

Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997 s 97

Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997 s 97

s 97 Power to discharge conditionally or unconditionally

(1) Notwithstanding anything contained in section 96, the Court shall have the powers contained in this section. (2) When any person is charged before the Court with an offence punishable by such Court, and the Court finds that the charge is proved, but is of the opinion that having regard to the character, antecedents, age, health or mental condition of the person charged, or to the trivial nature of the offence, or to the extenuating circumstances under which the offence was committed, it is inexpedient to inflict any punishment other than a nominal punishment or that it is expedient to release the offender on probation, the Court may, without proceeding to record a conviction, make an order— (a) dismissing the charge or complaint after such admonition or caution to the offender as to the Court seems fit; (b) order the offender to be detained in a welfare house approved by the Majlis for such period not exceeding six months as the Court considers fit; or (c) discharging the offender conditionally on his entering into a bond, with sureties, to be of good behaviour for such period, not exceeding three years, as may be specified in the order, and to appear for the conviction to be recorded and for sentence when called upon at any time during such period. (3) The Court may, in addition to any such order, order the offender to pay such compensation for injury or for loss, not exceeding the sum of one thousand ringgit, or to pay such costs of the proceedings as the Court thinks reasonable or to pay both compensation and costs. (4) If the Court is satisfied by information on oath that the offender has failed to observe any of the conditions of his bond, it may issue a warrant for his apprehension. (5) Any offender when apprehended on any such warrant shall, if not forthwith brought before the Court having power to sentence him, be brought before a Judge who may— (a) either remand him by warrant until the time at which he is required by his bond to appear for judgment or until the sitting of a Court having power to deal with his original offence, whichever shall first happen; or (b) admit him to bail with a sufficient surety conditioned on his appearing for judgment. (6) The offender, when so remanded, may be committed to prison and the warrant of remand shall order that he shall be brought before the Court before which he was bound to appear for judgment or to answer as to his conduct since his release.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk melepaskan dengan syarat atau tanpa syarat

(1) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen 96, Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa yang terkandung dalam seksyen ini. (2) Apabila mana-mana orang dipertuduh di hadapan Mahkamah atas suatu kesalahan yang boleh dihukum oleh Mahkamah itu, dan Mahkamah mendapati bahawa pertuduhan itu telah dibuktikan, tetapi berpendapat bahawa dengan mengambil kira watak, latar belakang, umur, kesihatan atau keadaan mental orang yang dipertuduh itu, atau kepada hakikat ringannya jenis kesalahan itu, atau kepada hal keadaan peringan yang dalamnya kesalahan itu telah dilakukan, adalah tidak suai manfaat untuk mengenakan apa-apa hukuman selain suatu hukuman nominal atau bahawa adalah suai manfaat melepaskan pesalah itu dalam cubaan akhlak, Mahkamah boleh, tanpa merekodkan suatu sabitan, membuat perintah— (a) membuang pertuduhan atau aduan itu selepas apa-apa teguran atau amaran kepada pesalah itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah; (b) memerintahkan pesalah itu ditahan di suatu rumah kebajikan yang diluluskan oleh Majlis selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah; atau (c) melepaskan pesalah itu dengan syarat dia mengikat bon, dengan penjamin-penjamin, untuk berkelakuan baik selama apa-apa tempoh, yang tidak melebihi tiga tahun, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, dan hadir supaya direkodkan sabitan dan dijatuhkan hukuman apabila dipanggil pada bila-bila masa dalam tempoh itu. (3) Mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada mana-mana perintah itu, memerintahkan pesalah itu membayar apa-apa pampasan bagi kecederaan atau bagi kerugian, yang tidak melebihi jumlah wang satu ribu ringgit, atau membayar apa-apa kos prosiding itu sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah atau membayar pampasan dan kos itu kedua-duanya. (4) Jika Mahkamah berpuas hati melalui maklumat yang diberikan dengan sumpah bahawa pesalah itu tidak mematuhi mana-mana syarat bonnya, ia boleh mengeluarkan waran bagi pemberkasan pesalah itu. (5) Mana-mana pesalah apabila diberkas dengan mana-mana waran sedemikian hendaklah, jika tidak dibawa dengan serta-merta ke hadapan Mahkamah yang mempunyai kuasa untuk menghukumnya, dibawa ke hadapan seorang Hakim yang boleh— (a) sama ada menahannya melalui waran sehingga masa dia dikehendaki oleh bonnya untuk hadir bagi penghakiman atau sehingga bersidangnya Mahkamah yang mempunyai kuasa untuk menguruskan kesalahan asalnya, mengikut mana-mana yang berlaku dahulu; atau (b) membenarkan dia diikat jamin dengan penjamin yang mencukupi dengan syarat dia hadir bagi penghakiman. (6) Pesalah itu, apabila ditahan sedemikian, boleh dipenjarakan dan waran tahanannya hendaklah memerintahkan bahawa dia hendaklah dibawa ke hadapan Mahkamah yang di hadapannya dia terikat untuk hadir bagi penghakiman atau untuk memberikan jawapan tentang kelakuannya sejak dia dilepaskan.

Read this section in the full act → · Open Chapter 4 →

Find Act 560 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next