My bookmarksSign up free
← Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997

Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997 s 96

Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997 s 96

s 96 Procedure in trials

The following procedure shall be observed by Judges in trials: (a) when the accused appears or is brought before the Court, a charge containing the particulars of the offence of which he is accused shall be framed, read and explained to him, and he shall be asked whether he is guilty of the offence charged or claims to be tried; (b) if the accused pleads guilty to a charge, whether as originally framed or as amended, the plea shall be recorded and he may be convicted thereon: Provided that before a plea of guilty is recorded, the Court shall ascertain that the accused understands the nature and consequences of his plea and intends to admit, without qualification, the offence alleged against him; (c) if the accused refuses to plead or does not plead or claims trial, the Court shall proceed to hear the complainant, if any, and to take all such evidence as may be produced in support of the prosecution; (d) when the Court thinks it necessary it shall obtain from the complainant or otherwise the names of any persons likely to be acquainted with the facts of the case and to be able to give evidence for the prosecution, and shall summon to give evidence before itself such of them as it thinks necessary; (e) the accused or his Peguam Syarie shall be allowed to cross-examine all the witnesses for the prosecution through the Judge; (f) if, upon taking all the evidence referred to in paragraphs (c), (d) and (e), the Court finds that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction, the Court shall record an order of acquittal; (g) nothing in paragraph (f) shall be deemed to prevent the Court from discharging the accused at any previous stage of the case if for reasons to be recorded by the Court it considers the charge to be groundless; (h) if, when such evidence has been taken, the Court is of the opinion that there are grounds for presuming that the accused has committed the offence charged or some other offence which such Court is competent to try and which in its opinion it ought to try, it shall consider the charge recorded against the accused and decide whether it is sufficient and, if necessary, shall amend the charge; (i) the charge if amended shall be read to the accused as amended and he shall be again asked whether he is guilty or has any defence to make; (j) if the accused does not plead guilty to the charge as amended or if no amendment is made the accused shall then be called upon to enter upon his defence and to produce his evidence, and shall at any time while he is making his defence be allowed to recall and cross-examine any witness through the Judge; (k) if the accused puts in any written statement, the Court shall file it with the record; (l) if the accused applies to the Court to issue a summons for compelling the attendance of any witness, whether he has or has not been previously examined in the case, for the purpose of examination or cross-examination or the production of any document or other thing, the Court shall issue a summons unless it considers that such application should be refused on the ground that it is made for the purpose of vexation or delay or for defeating the ends of justice; and such ground shall be recorded by it in writing; (m) (i) if the Court finds the accused not guilty, the Court shall record an order of acquittal; (ii) if the Court finds the accused guilty or if a plea of guilty has been recorded and accepted, the Court shall pass sentence according to the law; (n) when the proceedings have been instituted upon the complaint of some person upon oath under section 74 and upon any day fixed for the hearing of the case the complainant is absent, the Court may, in its discretion, notwithstanding anything contained in this section, discharge the accused.

Malay text (authoritative)

Tatacara dalam perbicaraan

Tatacara yang berikut hendaklah diikuti oleh Hakim dalam perbicaraan: (a) apabila tertuduh hadir atau dibawa ke hadapan Mahkamah, maka pertuduhan yang mengandungi butir-butir kesalahan yang dia dituduh melakukannya itu hendaklah dibentuk, dibaca dan dijelaskan kepadanya, dan dia hendaklah ditanya sama ada dia bersalah atas kesalahan yang dipertuduh itu atau meminta dibicarakan; (b) jika tertuduh mengaku bersalah atas sesuatu pertuduhan, sama ada atas pertuduhan asal atau yang dipinda, akuan itu hendaklah direkodkan dan dia boleh disabitkan atas kesalahan itu: Dengan syarat bahawa sebelum suatu akuan bersalah direkodkan, Mahkamah hendaklah menentukan bahawa tertuduh memahami sifat dan akibat daripada akuannya itu dan dia berniat untuk mengakui, tanpa bersyarat, kesalahan yang dikatakan terhadapnya itu; (c) jika tertuduh enggan membuat akuan atau tidak membuat akuan atau meminta dibicarakan, Mahkamah hendaklah mendengar pengadu, jika ada, dan mengambil segala keterangan yang dikemukakan bagi menyokong pendakwaan itu; (d) apabila difikirkannya perlu, Mahkamah hendaklah memperoleh daripada pengadu atau selainnya nama mana-mana orang yang berkemungkinan mengetahui fakta kes itu dan dapat memberikan keterangan bagi pihak pendakwaan, dan hendaklah memanggil mana-mana daripada mereka, sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Mahkamah, untuk memberikan keterangan di hadapannya; (e) tertuduh atau Peguam Syarienya hendaklah dibenarkan memeriksa balas semua saksi bagi pihak pendakwaan melalui Hakim; (f) jika, selepas mengambil segala keterangan yang disebut dalam perenggan (c), (d) dan (e), Mahkamah mendapati bahawa tiada kes terhadap tertuduh telah diwujudkan yang jika tidak dipatahkan akan mewajarkan sabitannya, maka Mahkamah hendaklah merekodkan perintah pembebasan; (g) tiada apa-apa jua dalam perenggan (f) boleh disifatkan sebagai menghalang Mahkamah daripada melepaskan tertuduh pada mana-mana peringkat terdahulu dalam kes itu jika bagi sebab-sebab yang hendaklah direkodkan oleh Mahkamah ia berpendapat pertuduhan itu tidak berasas; (h) jika, apabila keterangan itu telah diambil, Mahkamah berpendapat bahawa ada alasan untuk menganggap bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan yang dipertuduh itu atau kesalahan lain yang Mahkamah itu kompeten untuk membicarakannya dan yang pada pendapatnya patut dibicarakannya, ia hendaklah menimbangkan pertuduhan yang direkodkan terhadap tertuduh dan memutuskan sama ada pertuduhan itu mencukupi dan, jika perlu, hendaklah meminda pertuduhan itu; (i) pertuduhan itu jika dipinda hendaklah dibacakan kepada tertuduh sebagaimana yang dipinda dan dia hendaklah ditanya semula sama ada dia bersalah atau ada apa-apa pembelaan yang hendak dibuat; (j) jika tertuduh tidak mengaku salah kepada pertuduhan itu sebagaimana yang dipinda atau jika tiada pindaan dibuat, tertuduh hendaklah dipanggil untuk membuat pembelaannya dan mengemukakan keterangannya, dan hendaklah pada bila-bila masa apabila dia membuat pembelaannya dibenarkan untuk memanggil semula dan memeriksa balas mana-mana saksi melalui Hakim; (k) jika tertuduh mengemukakan apa-apa pernyataan bertulis, Mahkamah hendaklah memfailkannya bersama-sama dengan rekod; (l) jika tertuduh memohon kepada Mahkamah supaya dikeluarkan saman bagi memaksa kehadiran mana-mana saksi, sama ada dia telah atau belum diperiksa dalam kes itu, bagi maksud pemeriksaan atau pemeriksaan balas atau pengemukaan apa-apa dokumen atau benda lain, Mahkamah hendaklah mengeluarkan saman melainkan jika ia berpendapat bahawa permohonan itu patut ditolak atas alasan bahawa ia dibuat bagi maksud menyusahkan atau melengahkan atau bagi menggagalkan matlamat keadilan; dan alasan sedemikian hendaklah direkodkannya secara bertulis; (m) (i) jika Mahkamah mendapati tertuduh tidak bersalah, Mahkamah hendaklah merekodkan perintah pembebasan; (ii) jika Mahkamah mendapati tertuduh bersalah atau jika akuan bersalah telah direkodkan dan diterima, Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang; (n) apabila prosiding telah dimulakan atas aduan seseorang yang dibuat dengan sumpah di bawah seksyen 74 dan pada mana-mana hari yang ditetapkan bagi pendengaran kes itu pengadu itu tidak hadir, Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini, melepaskan tertuduh.

Read this section in the full act → · Open Chapter 4 →

Find Act 560 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next