(1) The Minister may make such regulations as appear to him to be necessary or expedient for carrying into effect the provisions of this Act.
(2) Without prejudice to the generality of subsection (1), regulations may be made—
(a) to prescribe the minimum standards in respect of any facility, computer, apparatus, appliance, equipment, instrument, material, article and substance which are to be used in the practice of telemedicine on any premises;
(b) to provide for acceptable quality assurance and quality control in respect of telemedicine services;
(c) to require persons practising telemedicine to maintain such books, records and reports as may be necessary for the proper enforcement and administration of this Act and to prescribe the manner in which such books, records and reports are to be kept and issued;
(d) to require the furnishing of statistical information to the Director General;
(e) to provide that the contravention of any provision of any regulation made under this Act shall constitute an offence and that persons convicted of such offence shall be liable to a fine or imprisonment or both but such fine shall not exceed five thousand ringgit and such imprisonment shall not exceed one year;
(f) to prescribe the offences under this Act or the regulations made under this Act which may be compounded and the person by whom and the manner in which such offences may be compounded;
(g) to prescribe any other matter which is required or permitted by this Act to be prescribed.
Malay text (authoritative)
Peraturan-peraturan
(1) Menteri boleh membuat apa-apa peraturan yang didapatinya perlu atau suai manfaat bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat―
(a) untuk menetapkan standard minimum berkenaan dengan apa-apa kemudahan, komputer, perkakas, alat, kelengkapan, peralatan, bahan, artikel dan benda yang akan digunakan dalam amalan teleperubatan di mana-mana premis;
(b) untuk mengadakan peruntukan bagi jaminan mutu dan kawalan mutu boleh terima berkenaan dengan perkhidmatan teleperubatan;
(c) untuk menghendaki orang yang mengamalkan teleperubatan supaya menyenggara buku, rekod dan laporan sebagaimana yang perlu bagi penguatkuasaan dan pentadbiran yang sepatutnya Akta ini dan untuk menetapkan cara bagaimana buku, rekod dan laporan itu hendaklah disimpan dan dikeluarkan;
(d) untuk menghendaki pemberian maklumat perangkaan kepada Ketua Pengarah.
(e) bagi memperuntukkan bahawa pelanggaran mana-mana peruntukan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah menjadi suatu kesalahan dan bahawa orang yang disabitkan atas kesalahan itu boleh didenda atau dipenjarakan atau kedua-duanya tetapi denda itu tidaklah boleh melebihi lima ribu ringgit dan pemenjaraan itu tidaklah boleh melebihi satu tahun;
(f) untuk menetapkan kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang boleh dikompaunkan dan orang yang boleh mengkompaunkan
Teleperubatan
kesalahan itu dan cara bagaimana kesalahan itu boleh dikompaunkan;
(g) untuk menetapkan apa-apa perkara lain yang dikehendaki oleh Akta ini supaya ditetapkan atau dibenarkan Akta ini untuk ditetapkan.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).