Telemedicine Act 1997 s 5
s 5 Patient’s consent
(1) Before a fully registered medical practitioner practises telemedicine in relation to a patient, the fully registered medical practitioner shall obtain the written consent of the patient.
(2) The consent given by a patient under subsection (1) is not valid for the purpose of that subsection unless the fully registered medical practitioner has, before the consent is given, informed the patient—
(a) that he is free to withdraw his consent at any time without affecting his right to future care or treatment;
Laws of Malaysia ACT 564
(b) of the potential risks, consequences and benefits of telemedicine;
(c) that all existing confidentiality protection apply to any information about the patient obtained or disclosed in the course of the telemedicine interaction;
(d) that any image or information communicated or used during or resulting from telemedicine interaction which can be identified as being that of or about the patient will not be disseminated to any researcher or any other person without the consent of the patient.
(3) The consent given by a patient under subsection (1) shall not be valid for the purpose of that subsection unless the consent contains a statement signed by the patient indicating that he understands the information provided pursuant to subsection (2) and that this information has been discussed with the fully registered medical practitioner.
(4) The written consent under subsection (1) and statement under subsection (3) of a patient shall become part of the patient’s medical record.
(5) Where the patient is a minor, or is under such mental disability as to render him incapable of giving an informed consent, consent may be given on his behalf by his next friend or guardian ad idem.
(6) Any fully registered medical practitioner who contravenes this section shall be guilty of an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both.
Malay text (authoritative)
Persetujuan pesakit
(1) Sebelum seseorang pengamal perubatan berdaftar penuh mengamalkan teleperubatan berhubungan dengan seseorang penyakit, pengamal perubatan berdaftar penuh itu hendaklah mendapatkan persetujuan bertulis pesakit itu.
(2) Persetujuan yang diberikan oleh seseorang pesakit di bawah subseksyen (1) tidaklah sah bagi maksud subseksyen itu melainkan jika pengamal perubatan berdaftar penuh itu sudah, sebelum persetujuan itu diberikan, memaklumkan pesakit itu―
(a) bahawa dia bebas menarik balik persetujuaanya pada bila-bila masa tanpa menyentuh haknya untuk mendapat jagaan atau
Teleperubatan
rawatan pada masa hadapan;
(b) tentang risiko, akibat dan faedah yang mungkin diperoleh daripada teleperubatan;
(c) bahawa segala perlindungan kerahsiaan sedia ada adalah terpakai bagi apa-apa maklumat tentang pesakit itu yang diperoleh atau didedahkan dalam masa interaksi teleperubatan;
(d) bahawa apa-apa imej atau maklumat yang disampaikan atau digunakan semasa atau yang terhasil daripada interaksi teleperubatan yang dapat dikenal pasti sebagai imej atau maklumat pesakit itu atau tentang pesakit itu tidak akan disebarkan kepada mana-mana penyelidik atau mana-mana orang lain tanpa persetujuan pesakit itu.
(3) Persetujuan yang diberikan oleh seseorang pesakit di bawah subseksyen (1) tidaklah sah bagi maksud subseksyen itu melainkan jika persetujuan itu mengandungi pernyataan yang ditandatangani oleh pesakit itu yang menunjukkan bahawa dia memahami maklumat yang diberikan menurut subseksyen (2) dan bahawa maklumat ini telah dibincangkan dengan pengamal perubatan berdaftar penuh itu.
(4) Persetujuan bertulis di bawah subseksyen (1) dan pernyataan di bawah subseksyen (3) seseorang pesakit hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod perubatan pesakit itu.
(5) Jika pesakit itu belum dewasa, atau mengalami ketakupayaan mental yang sedemikian rupa sehingga menyebabkannya tidak berupaya untuk memberikan persetujuan berpengetahuan, maka persetujuan boleh diberikan bagi pihaknya oleh sahabat wakilnya atau penjaga ad idem-nya.
(6) Mana-mana pengamal perubatan berdaftar penuh yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia AKTA 564
Read this section in the full act →
Find Act 564 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).