National Land Rehabilitation and Consolidation Authority (Succession and Dissolution) Act 1997 s 2
s 2 Interpretation
In this Act, unless the context otherwise requires—
“Authority” means the Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority established under the National Land Rehabilitation and Consolidation Authority (Incorporation) Act 1966 [Act 398];
“Corporation” means the Minister of Finance incorporated by the Minister of Finance (Incorporation) Act 1957 [Act 375];
“liabilities” means all kinds of liabilities, debts, charges, duties and obligations of every description (whether present or future, actual or contingent, and whether payable or to be observed or performed in Malaysia or elsewhere);
“Minister” means the Minister for the time being charged with the responsibility for rural development;
“property” includes all property, movable or immovable, and all estates, interests, easements and rights, whether equitable or legal in, to or out of property, chose in action, money and goodwill;
“rights” means all rights, powers, privileges and immunities, whether actual, contingent or prospective;
“successor company” means the company limited by shares incorporated under the Companies Act 1965 [Act 125], and named by the Minister in the order made under subsection 3(1), to which property, rights and liabilities of the Authority are transferred and vested under that subsection;
“vested”, in relation to property, includes rights to property which are future or contingent and rights in reversion and remainder;
“vesting date” means the date appointed by the Minister under subsection 3(1).
Malay text (authoritative)
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“hak” ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, sama ada sebenar, kontingen atau prospektif;
“harta” termasuklah segala harta, sama ada alih atau tak alih, dan segala estet, kepentingan, isemen dan hak, sama ada dari segi ekuiti atau di sisi undang-undang dalam, pada atau daripada harta, hak dalam tindakan, wang dan nama baik;
“Lembaga” ertinya Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (Pemerbadanan) 1966 [Akta 398];
“liabiliti” ertinya segala jenis liabiliti, hutang, tanggungan, kewajipan dan obligasi daripada tiap-tiap perihalan (sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, sebenar atau kontingen, dan sama ada kena dibayar atau hendaklah dipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau di tempat lain);
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan luar bandar;
“Perbadanan” ertinya Menteri Kewangan yang diperbadankan melalui Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957 [Akta 375];
“syarikat pengganti” ertinya syarikat berhad menurut syer yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] dan yang dinamakan oleh Menteri dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen 3(1), yang kepadanya harta, hak dan liabiliti Lembaga dipindahkan atau diletakhakkan di bawah subseksyen itu:
“tarikh peletakhakan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen 3(1);
Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (Penggantian dan Pembubaran)
“terletak hak”, berhubungan dengan harta, termasuklah hak kepada harta masa hadapan atau kontingen dan hak perkembalian dan lebihan.