My bookmarksSign up free
← National Land Rehabilitation and Consolidation Authority (Succession and Dissolution) Act 1997

National Land Rehabilitation and Consolidation Authority (Succession and Dissolution) Act 1997 s 3

National Land Rehabilitation and Consolidation Authority (Succession and Dissolution) Act 1997 s 3

s 3 Vesting

(1) The Minister may, by order published in the Gazette, appoint a vesting date and on that date all property, rights or liabilities of the Authority shall by virtue of this Act be transferred to and vested in a successor company without any conveyance, assignment or transfer. (2) The Minister shall name the successor company in the order made under subsection (1). (3) Every property vested by virtue of subsection (1) in the successor company shall be so vested in the company for the like title or interest as it was vested or held immediately before the vesting date. (4) Every chose in action vested by virtue of subsection (1) in the successor company may, after the vesting date, be sued on, recovered or enforced by the successor company in its own name and it shall not be necessary for the successor company or the Authority to give notice to the person bound by the chose in action of the vesting effected by subsection (1). (5) Every right and liability vested by virtue of subsection (1) in the successor company may, on and after the vesting date, be sued on, recovered or enforced by or against the successor company in its own name and it shall not be necessary for the successor company or the Authority to give notice to the person whose right or liability is affected by the vesting under subsection (1). (6) Any pending legal proceedings by or against the Authority which relate to any property, right or liability transferred to and vested in the successor company by virtue of subsection (1) may, on and after the vesting date, be continued by or against the successor company. (7) In the case of rights and liabilities arising under any loans which vest in the successor company on the vesting date, the successor company may enter into such arrangements or agreements over such rights and liabilities with the Government or any third party. (8) On and after the vesting date, any deed, bond, agreement, instrument and working arrangements relating to any property, rights and liabilities transferred to and vested in the successor company under subsection (1) to which the Authority was a party immediately before the vesting date, whether in writing or not, and whether or not of such a nature that rights and liabilities thereunder could be assigned by the Authority, shall have effect as if the company had been a party to the deed, bond, agreement, instrument and working arrangements.

Malay text (authoritative)

Peletakhakan

(1) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan suatu tarikh peletakhakan dan pada tarikh itu segala harta, hak atau liabiliti Lembaga hendaklah menurut kuasa Akta ini berpindah kepada dan terletak hak pada suatu syarikat pengganti tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahmilikan. (2) Menteri hendaklah menamakan syarikat pengganti dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1). (3) Tiap-tiap harta yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat pengganti hendaklah terletak hak sedemikian pada syarikat itu dengan hakmilik atau kepentingan yang serupa sebagaimana harta itu telah terletak hak atau dipegang sebaik sebelum tarikh peletakhakan. (4) Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat pengganti boleh, selepas tarikh peletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan kembali atau dikuatkuasakan oleh syarikat pengganti itu atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi syarikat pengganti itu atau bagi Lembaga untuk memberikan notis kepada orang yang terikat dengan hak dalam Undang-undang Malaysia AKTA 570 tindakan itu tentang peletakhakan yang dilaksanakan melalui subseksyen (1). (5) Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat pengganti boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan kembali atau dikuatkuasakan oleh atau terhadap syarikat pengganti itu atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi syarikat pengganti itu atau Lembaga untuk memberikan notis kepada orang yang hak atau liabilitinya tersentuh oleh peletakhakan di bawah subseksyen (1). (6) Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Lembaga yang berhubungan dengan apa-apa harta, hak atau liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada syarikat pengganti menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, diteruskan oleh atau terhadap syarikat pengganti. (7) Dalam hal hak dan liabiliti yang berbangkit di bawah manamana pinjaman yang terletak hak pada syarikat pengganti pada tarikh peletakhakan, syarikat pengganti itu boleh membuat apa-apa perkiraan atau perjanjian mengenai hak dan liabiliti sedemikian dengan Kerajaan atau mana-mana pihak ketiga. (8) Pada dan selepas tarikh peletakhakan, apa-apa surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak dan liabiliti yang dipindahkan dan terletak hak pada syarikat pengganti di bawah subseksyen (1) yang kepadanya Lembaga menjadi suatu pihak sebaik sebelum tarikh peletakhakan, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak sedemikian sifatnya sehingga hak dan liabiliti di bawahnya boleh diserahhakkan oleh Lembaga, hendaklah mempunyai kesan seolah-olah syarikat itu telah menjadi suatu pihak kepada surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja itu. Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (Penggantian dan Pembubaran)

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 570 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next