National Land Rehabilitation and Consolidation Authority (Succession and Dissolution) Act 1997 s 4
National Land Rehabilitation and Consolidation Authority (Succession and Dissolution) Act 1997 s 4
s 4 Initial Government holding in the successor company
(1) As a consequence of the vesting in the successor company of the property, rights and liabilities under section 3, the successor company shall issue such securities of the company as the Minister of Finance may from time to time direct—
(a) to the Corporation; or
(b) to any person entitled to the issue of the securities following their initial allotment to the Corporation.
(2) Securities required to be issued in pursuance of this section shall—
(a) be issued or allotted at such times and on such terms as the Minister of Finance may direct;
(b) be of such nominal value as the Minister of Finance may direct; and
(c) be issued as fully paid and treated for the purposes of the Companies Act 1965 as if they had been paid up by virtue of the payment to the successor company of their nominal value.
(3) The Minister of Finance may dispose of any securities issued or of any rights to securities initially allotted to the Corporation in pursuance of this section.
(4) Any dividends or other sums received by the Corporation in right of, on the disposal of or otherwise in connection with, any securities or rights acquired by virtue of this section shall be paid into the Consolidated Fund.
Malay text (authoritative)
Pegangan permulaan Kerajaan dalam syarikat pengganti
(1) Sebagai akibat peletakhakan harta, hak dan liabiliti pada syarikat pengganti di bawah seksyen 3, syarikat pengganti itu hendaklah menerbitkan apa-apa sekuriti syarikat itu sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan dari semasa ke semasa—
(a) kepada Perbadanan; atau
(b) kepada mana-mana orang yang berhak kepada penerbitan sekuriti itu berikutan dengan penguntukan permulaan sekuriti itu kepada Perbadanan.
(2) Sekuriti yang dikehendaki diterbitkan menurut seksyen ini hendaklah—
(a) diterbitkan atau diuntukkan pada bila-bila masa dan atas apa-apa terma sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan;
(b) mempunyai nilai nominal sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan;
(c) diterbitkan sebagai berbayar penuh dan dikira bagi maksud Akta Syarikat 965 [Akta 125] seolah-olah ia telah dibayar oleh sebab pembayaran nilai nominalnya kepada syarikat pengganti.
(3) Menteri Kewangan boleh melupuskan mana-mana sekuriti yang diterbitkan atau mana-mana hak mengenai sekuriti yang diuntukkan pada mulanya kepada Perbadanan menurut seksyen ini.
(4) Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh Perbadanan sebagai hak pada, atas pelupusan atau selainnya berkaitan dengan, mana-mana sekuriti atau hak yang diperoleh menurut kuasa seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.
Undang-undang Malaysia AKTA 570
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).