My bookmarksSign up free
← National Land Rehabilitation and Consolidation Authority (Succession and Dissolution) Act 1997

National Land Rehabilitation and Consolidation Authority (Succession and Dissolution) Act 1997 s 7

National Land Rehabilitation and Consolidation Authority (Succession and Dissolution) Act 1997 s 7

s 7 Financial structure of the successor company

(1) If the Minister of Finance so directs, at any time before the successor company ceases to be wholly owned by the Government, such sum as may be specified in the direction but not exceeding the accumulated realized profits of the Authority, shall be carried by the company to a reserve, which in this section is referred to as the “statutory reserve”. (2) The statutory reserve may only be applied by the successor company in paying up unissued shares of the company to be allotted to members of the company as fully-paid bonus shares. (3) For the purposes of any statutory accounts of the successor company— (a) the vesting effected by virtue of section 3 shall be taken to have been a vesting of all property, rights and liabilities which the Authority was entitled and subject to immediately before the end of the last complete accounting year of the Authority, ending before the vesting date and to have been effected to the successor company on the vesting date; and (b) the value of any asset or right or the amount of any liability of the Authority, taken to have been vested in the successor company by virtue of section 3 shall be taken to be the value or, as the case may be, the amount assigned to the asset, right or liability in the statement of accounts prepared by the Authority, in respect of the last complete accounting year of the Authority, ending before the vesting date. (4) For the purposes of any statutory accounts of the successor company, the amount to be included in respect of any item shall be determined as if anything done by the Authority, whether by way of acquiring, revaluing or disposing of any asset or incurring, revaluing or discharging any liability, or by carrying any amount to any provision of reserve, or otherwise, had been done by the successor company. (5) Without prejudice to the generality of subsection (4), the amount to be included from time to time in any reserve of the successor company as representing its accumulated realized profits shall be determined as if any profits realized and retained by the Authority had been realized and retained by the successor company. (6) References in this section to the statutory accounts of the successor company are references to any accounts prepared by the successor company for the purposes of any provision of the Companies Act 1965. (7) For the purposes of this section, “complete accounting year” means an accounting year ending on 31 December or a period to be determined by the Minister of Finance.

Malay text (authoritative)

Struktur kewangan syarikat pengganti

(1) Jika Menteri Kewangan mengarahkan sedemikian, pada bila-bila masa sebelum syarikat pengganti terhenti daripada dipunyai pada keseluruhannya oleh Kerajaan, apa-apa jumlah wang sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu tetapi tidak melebihi keuntungan terhasil terkumpul Lembaga, hendaklah dibawa oleh syarikat itu kepada suatu rizab, yang dalam seksyen ini disebut “rizab statutori”. (2) Rizab statutori hanya boleh digunakan oleh syarikat pengganti untuk membayar syer belum terbit syarikat itu yang hendak Undang-undang Malaysia AKTA 570 diuntukkan kepada anggota syarikat itu sebagai syer bonus berbayar penuh. (3) Bagi maksud mana-mana akaun statutori syarikat pengganti— (a) peletakhakan yang dikuatkuasakan menurut kuasa seksyen 3 hendaklah dikira sebagai suatu peletakhakan segala harta, hak dan liabiliti yang kepadanya Lembaga berhak dan tertakluk sebaik sebelum penghujung tahun perakaunan genap terakhir Lembaga, yang berakhir sebelum tarikh peletakhakan dan akan dikuatkuasakan kepada syarikat pengganti pada tarikh peletakhakan itu; dan (b) nilai mana-mana aset atau hak atau amaun mana-mana liabiliti Lembaga, yang dikira sebagai telah terletak hak pada syarikat pengganti itu menurut kuasa seksyen 3 hendaklah dikira sebagai nilai atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, amaun yang diberikan kepada aset, hak atau liabiliti itu dalam penyata akaun yang disediakan oleh Lembaga, berkenaan dengan tahun perakaunan genap terakhir Lembaga, yang berakhir sebelum tarikh peletakhakan. (4) Bagi maksud mana-mana akaun statutori syarikat pengganti, amaun yang hendak dimasukkan berkenaan dengan mana-mana butiran hendaklah ditentukan seolah-olah apa-apa jua yang dilakukan oleh Lembaga, sama ada dengan cara memperoleh, menilai semula atau melupuskan mana-mana aset atau melakukan, menilai semula atau melepaskan mana-mana liabiliti, atau dengan membawa apa-apa amaun pada apa-apa peruntukan rizab atau selainnya, telah dilakukan oleh syarikat pengganti. (5) Tanpa menjejaskan keluasan makna peruntukan subseksyen (4), amaun yang hendak dimasukkan dari semasa ke semasa dalam mana-mana rizab syarikat pengganti sebagai merupakan keuntungan terhasil terkumpulnya hendaklah ditentukan seolah-olah apa-apa Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (Penggantian dan Pembubaran) keuntungan yang dihasilkan dan disimpan oleh Lembaga telah dihasilkan dan disimpan oleh syarikat pengganti. (6) Sebutan dalam seksyen ini tentang akaun statutori syarikat pengganti ialah sebutan tentang apa-apa akaun yang disediakan oleh syarikat pengganti bagi maksud mana-mana peruntukan Akta Syarikat 1965 [Akta 125]. (7) Bagi maksud seksyen ini, “tahun perakaunan genap” ertinya sesuatu tahun perakaunan yang berakhir pada 31 Disember atau suatu tempoh yang ditentukan oleh Menteri Kewangan.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 570 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next