My bookmarksSign up free
← Syariah Court Civil Procedure (Federal Territories) Act 1998

Syariah Court Civil Procedure (Federal Territories) Act 1998 s 23

Syariah Court Civil Procedure (Federal Territories) Act 1998 s 23

s 23 Devolution of interest

(1) In the case of any assignment, creation, change, transmission or devolution of the interest, estate, title or liability of any party, between the commencement of any proceedings and judgment therein, the person to or upon whom the interest, estate, title or liability has come or devolved may apply to be added as a party or to be made a party in substitution for some other party, and the plaintiff may in like manner apply for such addition or substitution, if the party concerned was a defendant. (2) Notice of any application under subsection (1) shall be served on all parties. (3) Where an application should be made under subsection (1) and is not made within a reasonable period, the Court may, of its own motion or on the application of any party, order the party or person concerned to make the application within a stated time, and in default may strike out or dismiss the proceedings, or order that the party or person concerned be precluded from defending, as the case may be. (4) Where any of the matters referred to in subsection (1) has occurred after judgment and there is money in Court to the credit of the proceedings, the Court may order any person or persons to be served with any application for an order for payment out of Court.

Malay text (authoritative)

Penurunan kepentingan

(1) Dalam hal mana-mana penyerahhakan, pewujudan, perubahan, perpindahan atau penurunan kepentingan, harta pusaka, hak milik atau tanggungan mana-mana pihak, antara permulaan manamana prosiding dengan penghakiman dalamnya, orang yang kepadanya atau padanya kepentingan, harta pusaka, hak milik atau tanggungan itu telah diberikan atau turun boleh memohon supaya dia ditambahkan sebagai suatu pihak atau dijadikan suatu pihak bagi menggantikan suatu pihak yang lain, dan plaintif boleh mengikut cara yang sama memohon untuk mendapatkan penambahan atau penggantian sedemikian, jika pihak yang berkenaan ialah defendan. (2) Notis mana-mana permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan kepada semua pihak. (3) Jika suatu permohonan sepatutnya dibuat di bawah subseksyen (1) dan tidak dibuat dalam tempoh yang munasabah, Mahkamah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak, memerintahkan supaya pihak atau orang yang berkenaan membuat permohonan dalam suatu tempoh yang ditentukan, dan jika pihak atau orang itu ingkar boleh membatalkan atau membuang prosiding itu, atau memerintahkan supaya pihak atau orang yang berkenaan dihalang daripada membela, mengikut manamana yang berkenaan. (4) Jika mana-mana perkara yang disebut dalam subseksyen (1) berlaku selepas penghakiman dan ada wang untuk manfaat prosiding itu di Mahkamah, Mahkamah boleh memerintahkan supaya disampaikan kepada mana-mana orang apa-apa permohonan untuk mendapatkan suatu perintah bagi pembayaran daripada Mahkamah.

Read this section in the full act → · Open Chapter 1 →

Find Act 585 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next