My bookmarksSign up free
← Syariah Court Civil Procedure (Federal Territories) Act 1998

Syariah Court Civil Procedure (Federal Territories) Act 1998 s 57

Syariah Court Civil Procedure (Federal Territories) Act 1998 s 57

s 57 Claim to goods, etc., taken in execution

(1) Any person making a claim to or in respect of any money, goods or other movable property taken or intended to be taken in execution of any judgment, or to the proceeds or value of any such goods or property, shall give notice in Form MS 9 of his claim to the bailiff charged with the execution of the judgment and shall include in his notice a statement of his address, and that address shall be his address for service. (2) On receipt of a claim made under this section, the bailiff shall forthwith give notice of such claim in Form MS 10 to the execution creditor and the execution creditor shall, within four days after receiving the notice, give notice in Form MS 11 to the bailiff informing him whether he admits or disputes the claim. (3) Where— (a) the bailiff receives a notice from the execution creditor under subsection (2) disputing the claim, or the execution creditor fails, within the period mentioned in that subsection, to give the required notice; and (b) the claim made under this section is not withdrawn, the bailiff may apply to the Court for relief under this Part. (4) A bailiff who receives a notice from an execution creditor under subsection (2) admitting a claim made under this section shall withdraw from possession of the money, goods or other movable property claimed.

Malay text (authoritative)

Tuntutan untuk mendapatkan barang, dsb., yang diambil dalam pelaksanaan

(1) Mana-mana orang yang membuat tuntutan untuk mendapatkan atau berkenaan dengan apa-apa wang, barang atau harta alih lain yang diambil atau dicadangkan hendak diambil dalam pelaksanaan apa-apa penghakiman, atau untuk mendapatkan hasil atau nilai apa-apa barang atau harta sedemikian, hendaklah memberikan notis tuntutannya dalam Borang MS 9 kepada bailif yang dipertanggungkan dengan pelaksanaan penghakiman itu dan hendaklah memasukkan dalam notisnya suatu pernyataan tentang alamatnya, dan alamat itu hendaklah menjadi alamat untuk penyampaian kepadanya. (2) Apabila menerima suatu tuntutan yang dibuat di bawah seksyen ini, bailif hendaklah dengan serta-merta memberikan notis mengenai tuntutan itu dalam Borang MS 10 kepada pemiutang pelaksanaan dan pemiutang pelaksanaan itu hendaklah, dalam masa empat hari selepas menerima notis itu, memberikan notis dalam Borang MS 11 kepada bailif memberitahunya sama ada dia mengaku atau mempertikaikan tuntutan itu. (3) Jika— (a) bailif menerima suatu notis daripada pemiutang pelaksanaan di bawah subseksyen (2) yang mempertikaikan tuntutan itu, atau pemiutang pelaksanaan tidak, dalam tempoh yang disebut dalam subseksyen itu, memberikan notis yang dikehendaki itu; dan (b) tuntutan yang dibuat di bawah seksyen ini tidak ditarik balik, maka bailif boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan relief di bawah Bahagian ini. (4) Seorang bailif yang menerima notis daripada pemiutang pelaksanaan di bawah subseksyen (2) yang mengakui tuntutan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah menarik diri daripada pemilikan wang, barang atau harta tak alih lain yang dituntut itu.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 585 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next