Syariah Court Civil Procedure (Federal Territories) Act 1998 s 60
Syariah Court Civil Procedure (Federal Territories) Act 1998 s 60
s 60 Powers of Court hearing summons
(1) Where on the hearing of a summons under this Part all the persons by whom adverse claims to the subject matter in dispute (hereinafter in this Part referred to as the “claimants”) appear, the Court may order—
(a) that any claimant be made a defendant in any action pending with respect to the subject matter in dispute in substitution for or in addition to the applicant for relief under this Part; or
(b) that an issue between the claimants be stated and tried and may direct which of the claimants is to be the plaintiff and which defendant.
(2) Where—
(a) the applicant on a summons under this Part is a bailiff;
(b) all the claimants consent or any of them so requests; or
(c) the question at issue between the claimants is a question of law and the facts are not in dispute,
the Court may summarily determine the question at issue between the claimants and make an order accordingly on such terms as it thinks just.
Malay text (authoritative)
Kuasa Mahkamah yang mendengar saman
(1) Jika, semasa mendengar saman di bawah Bahagian ini, semua orang yang membuat tuntutan yang bertentangan dalam hal
perkara yang dipertikaikan itu (kemudian daripada ini disebut "pihakpihak menuntut" dalam Bahagian ini) hadir, maka Mahkamah boleh memerintahkan—
(a) supaya mana-mana pihak menuntut dijadikan defendan dalam mana-mana tindakan yang belum selesai mengenai hal perkara yang dipertikaikan itu sebagai menggantikan atau sebagai tambahan kepada pemohon yang memohon relief di bawah Bahagian ini; atau
(b) supaya sesuatu isu antara pihak-pihak menuntut itu dinyatakan dan dibicarakan dan boleh mengarahkan yang mana antara pihak-pihak menuntut itu yang hendak dijadikan plaintif dan yang mana yang hendak dijadikan defendan.
(2) Jika—
(a) pemohon atas suatu saman di bawah Bahagian ini ialah seorang bailif;
(b) semua pihak menuntut bersetuju atau mana-mana antara mereka meminta sedemikian; atau
(c) soalan yang menjadi isu antara pihak-pihak menuntut ialah soalan undang-undang dan fakta-faktanya tidak dipertikaikan,
maka Mahkamah boleh memutuskan secara terus soalan yang menjadi isu antara pihak-pihak menuntut itu dan membuat suatu perintah dengan sewajarnya atas apa-apa terma yang difikirkannya adil.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).