LawPlayer
My bookmarks
← Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998

Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998 s 57

Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998 s 57

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

Act no.
Act 587
Text as at
Status
In force
Type
Act
Data synced
23 September 2026
Cite as
Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998 [Act 587], s 57

s 57 Hak untuk melupuskan aset melalui triti persendirian

(1) Walau apa pun mana-mana undang-undang lain dan sebagai tambahan kepada apa-apa kuasa lain yang dipunyai oleh Perbadanan di bawah apa-apa kontrak atau mana-mana undang-undang lain, Perbadanan atau pemeroleh sebagai pemegang apa-apa cagaran, sama ada sebagai pemegang gadaian, pemegang gadai janji, pemegang serah hak, pemegang lien atau selainnya, ke atas apa-apa harta hendaklah berhak— (a) untuk melupuskan harta itu atau mana-mana bahagian harta itu melalui triti persendirian; dan (b) jika harta itu terdiri daripada tanah, untuk mengambil segala langkah yang difikirkannya patut untuk memelihara nilai tanah itu atau untuk memudahkan pelupusan tanah itu melalui triti persendirian, termasuk memasuki tanah itu (sama ada secara sendiri atau melalui mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya) untuk memeriksa, melindungi, menjaga, menyenggara atau membaiki tanah itu. (2) Suatu penjualan melalui triti persendirian di bawah subseksyen (1) boleh dilaksanakan melalui kontrak persendirian, lelong, tender atau apa-apa cara penjualan yang lain. (3) Bagi maksud subseksyen (1), Perbadanan atau pemeroleh hendaklah disifatkan telah diberi kuasa oleh pemberi cagaran untuk menguatkuasakan pemindahan hakmilik harta itu kepada pembeli. (4) Tiap-tiap Pendaftar Mahkamah Tinggi, Pendaftar Syarikat, Pendaftar tanah, Ketua Pendaftar Kapal, depositori pusat, ejen depositori diberi kuasa, dan mana-mana orang yang menyenggarakan daftar atau rekod pemunyaan atau kepentingan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menerima perakuan pindah milik atau surat cara pemindahan hakmilik atau dokumen pendaftaran lain yang disempumakan oleh Perbadanan atau pemeroleh dan melaksanakan pindah milik harta itu atau mana-mana bahagian daripada harta itu kepada pembeli tanpa perlu untuk membuat apa-apa permohonan lanjut atau memfailkan apa-apa dokumen lanjut. (5) Walau apa pun apa-apa yang sebaliknya dalam mana-mana undang-undang, Perbadanan atau mana-mana syarikat berkaitan atau subsidiari Perbadanan boleh, tanpa perlu untuk membayar apa-apa deposit, memperoleh apa-apa harta yang dilupuskan di bawah subseksyen (1) dan berhak untuk menolak harga pembelian terhadap tanggungan yang terhutang kepada mana-mana satu atau lebih daripada yang berikut: (a) Perbadanan; (b) mana-mana syarikat berkaitan Perbadanan; (c) mana-mana subsidiari Perbadanan. (6) Hak Perbadanan di bawah subseksyen (1) — (a) boleh dijalankan walau apa pun apa-apa perintah jualan yang dibuat sama ada menurut apa-apa kaedah mahkamah, Kanun Tanah Negara, Ordinan Tanah Sabah atau Kanun Tanah Sarawak atau mana-mana undang-undang lain dan walau apa pun apa-apa langkah atau prosiding yang telah diambil atau yang masih belum selesai untuk menjual harta itu; (b) boleh dijalankan tanpa memerlukan apa-apa kelulusan, pengesahan atau perintah mahkamah; (c) adalah kumulatif dan tidak eksklusif kepada apa-apa hak atau remedi lain yang diperuntukkan oleh undang-undang atau kontrak; (d) boleh dijalankan serentak dengan apa-apa hak atau remedi yang diperuntukkan oleh undang-undang atau kontrak. (7) Bagi maksud seksyen ini, “syarikat berkaitan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Syarikat 1965. B AHAGIAN VIII PEMAKAIAN AKTA LAIN

Read this section in the full act →

DATA NOTES

About the data

Source

This page

Law
Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998, s 57 is headed “Hak untuk melupuskan aset melalui triti persendirian” and is a provision of Malaysian federal legislation.
Version
The text of Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998 on LawPlayer follows the version published by Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) as at 1 January 2006.
Previous
On LawPlayer, the provision listed immediately before Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998, s 57 is s 56.
Next
On LawPlayer, the provision listed immediately after Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998, s 57 is s 58.
Synced
LawPlayer last synced the text of Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998 from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) on 23 September 2026.
Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998, s 57 is reproduced on LawPlayer from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers).

Source

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).Laws of Malaysia (AGC)

About

On LawPlayer, every section of a Malaysian Act has its own page, linked to the full Act and to its Parts and Chapters. The same site also covers Taiwan's statutes, court judgments and company registration records, and the legislation of 13 other jurisdictions.Malaysian law entry

What to look at next