s 58 Pemakaian Akta lain
(1) Walau apa pun peruntukan Akta Bank Islam 1983 [Akta 276] Perbadanan boleh— (a) menyediakan apa-apa kemudahan kredit mengikut konsep perbankan Islam; (b) menerima deposit (selain atas akaun semasa atau akaun simpanan) daripada mana-mana orang mengikut konsep perbankan Islam; dan (c) menjalankan apa-apa aktiviti lain yang diluluskan oleh Menteri. (2) Peruntukan Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400] tidak terpakai bagi Perbadanan. (3) Seksyen 132G Akta Syarikat 1965 tidak terpakai bagi sesuatu pemerolehan atau pelupusan oleh Perbadanan di bawah Bahagian V atau bagi apa-apa pemindahan yang disebut dalam seksyen 59. B AHAGIAN IX PEMAKAIAN AKTA