My bookmarksSign up free
← Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998

Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998 s 65

Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998 s 65

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 65 Kewajipan menyimpan rahsia

(1) Tiada anggota Lembaga atau Jawatankuasa Selia atau pegawai, pekerja atau ejen Perbadanan atau orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga boleh mendedahkan apa-apa maklumat yang telah diperolehnya dalam penjalanan tugasnya atau dalam perjalanan mesyuarat sedemikian dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini, kecuali— (a) bagi apa-apa maksud Akta ini; (b) bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis; (c) berkenaan dengan apa-apa maklumat yang diadakan bagi orang awam; atau (d) jika selainnya dibenarkan oleh Lembaga. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act →

Find Act 587 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next