My bookmarksSign up free
← Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998

Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998 s 66

Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998 s 66

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 66 Kekebalan

(1) Perbadanan, mana-mana anggota Lembaga, mana-mana anggota Jawatankuasa Selia, dan mana-mana pekerja atau ejen Perbadanan tidak boleh didakwa dalam mana-mana Mahkamah kerana apa-apa kerugian atau kerosakan kerana atau disebabkan oleh, atau berkenaan dengan apa-apa tindakan atau perkara yang dilakukan atau diarahkan dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya dengan suci hati dan dalam menjalankan apa-apa kuasa atau menunaikan apa-apa tugas yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini. (2) Seorang Pentadbir Khas atau Penasihat Bebas yang dilantik di bawah Akta ini tidak boleh dikenakan apa-apa tindakan atau prosiding lain dalam sesuatu Mahkamah oleh mana-mana pihak kerana apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa tindakan atau perkara yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya dengan suci hati dan dalam menjalankan apa-apa fungsi atau kuasa, yang diberikan atau dikenakan ke atasnya di bawah Akta ini kecuali kerugian atau kerosakan sedemikian disebabkan oleh salah laku yang disengajakan atau kecuaian yang melampau Pentadbir Khas atau Penasihat Bebas, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Read this section in the full act →

Find Act 587 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next