My bookmarksSign up free
← Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998

Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998 s 66A

Pengurusan Danaharta Nasional Berhad Act 1998 s 66A

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 66A Tanggung rugi

(1) Pentadbir Khas, Perbadanan dan mana-mana orang lain adalah berhak untuk mendapatkan tanggung rugi daripada harta orang terjejas bagi— (a) dalam hal Pentadbir Khas, kos, perbelanjaaan dan saraannya sebagaimana yang diluluskan oleh Perbadanan; (b) dalam hal Perbadanan, pembayaran balik apa-apa kemudahan kredit yang diberikan oleh Perbadanan kepada Pentadbir Khas atau orang terjejas semasa pentadbiran orang terjejas itu; (c) dalam hal mana-mana orang lain, pembayaran balik apa-apa kemudahan kredit yang diberikan oleh orang itu kepada Pentadbir Khas atau orang terjejas semasa pentadbiran orang terjejas itu dengan kelulusan Perbadanan. (2) Walau apa pun apa-apa undang-undang lain, suatu hak tanggung rugi di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai keutamaan ke atas aset orang terjejas dan hendaklah dibayar dahulu berbanding dengan semua hutang bercagar dan tidak bercagar yang lain.

Read this section in the full act →

Find Act 587 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next